KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.
Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.
Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.
“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.
“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.
“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya. baca selanjutnya
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment