Friday, January 21, 2011

Azerbaijan larang penduduk islam pakai tudung


BAKU - Ratusan penduduk Islam Azerbaijan mengadakan demonstrasi di ibu kota negara itu dan menggesa kerajaan supaya menarik balik perintah larangan pelajar perempuan memakai tudung di sekolah. 

Kerajaan Azerbaijan mengenakan larangan memakai tudung di seluruh sekolah sekitar Baku sejak bulan lalu, mencetuskan kemarahan penduduk Islam negara itu. 

Beberapa siri perhimpunan diadakan di negara itu untuk menentang isu kontroversi mengenai larangan memakai tudung bagi umat Islam sejak undang-undang itu dikuatkuasakan. 

Ratusan penduduk Islam di bandar kedua terbesar Azerbaijan, Ganja, mengadakan perhimpunan aman pada 24 Disember lalu, di mana lebih 50 orang ditahan.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: