Saturday, February 19, 2011

Syabas! RTM dominasi 16 anugerah ASA

KUALA LUMPUR – Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010 menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi kemenangan pada hari pertama anugerah malam tadi apabila meraih 16 anugerah daripada 31 kategori yang dipertandingkan.
Dalam acara yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, RTM meraih sembilan anugerah menerusi kategori televisyen (TV) dan tujuh kategori radio.
Antaranya Wartawan TV Terbaik, Pelakon Drama Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, Rancangan Liputan Sukan Terbaik dan Bicarawara TV Terbaik.
Stesen penyiaran Media Prima Berhad (MPB) pula merangkul enam anugerah dan Astro berjaya membawa pulang lima anugerah.
Turut memenangi anugerah pada malam tersebut adalah Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan dua anugerah dan THR FM serta Suria FM masing-masing satu anugerah.
Tetamu kehormat yang hadir ialah dua Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D’Cruz.
Sementara itu, ASA 2010 yang berlangsung untuk hari kedua malam ini akan menyaksikan 22 anugerah lagi akan disampaikan iaitu 19 menerusi kategori televisyen dan tiga kategori radio.
Antara anugerah yang pastinya menjadi tumpuan ramai adalah DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Drama Lelaki dan Wanita Terbaik serta Drama TV Terbaik.
Acara kemuncak malam ini akan disiarkan secara langsung menerusi tiga saluran iaitu TV1, TV9 dan Astro Prima bermula pada pukul 8.30 malam.

sumber : kosmo
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: