Tuesday, February 01, 2011

peminat menangis ariel dipenjara


BANDUNG - Para peminat Ariel, kebanyakannya wanita muda, ternyata sedih dan kecewa selepas hakim menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas dirinya.

Ramai peminat penyanyi berkenaan sebak dan menitiskan air mata malah ada yang saling berpelukan selepas mendengar keputusan hakim di sebuah mahkamah di sini semalam.
Kamar mahkamah buat seketika dipenuhi laungan peminat-peminat Ariel yang bersorak: "Kami sayang kamu Ariel diikuti laungan "Rayuan, Rayuan".
"Saya amat terasa kehilangannya kerana selepas ini saya tidak lagi dapat melihatnya muncul di kaca televisyen. Hukuman ini terlalu berat kerana dia (Ariel) tidak menyebarkan klip-klip video berkenaan. Dia sepatutnya dibebaskan," kata seorang pelajar berusia 20 tahun, Yossi.
Seorang lagi peminat Ariel, Dwi Agustiani, 19, berkata: "Saya terasa sesak nafas. Kerongkong saya kering dan apa yang dapat saya lakukan cuma menangis. Saya amat menyayanginya dan saya mahu mendengar dia menyanyi semula."
Sementara itu, kumpulan penunjuk perasaan Islam mengadu hukuman ke atas Ariel terlalu ringan dan gagal memberi teladan kepada 240 juta penduduk Indonesia, 80 peratus daripadanya beragama Islam. - AFP
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: