Thursday, February 24, 2011

Misha Omar jadi isteri ke-3 Datuk K!

sudah lama abe celoteh tidak mendengar cerita misha omar ni, tup-tup keluar sisipan akhbar Utusan edisi mingguan tentang cik Misha Omar, yang popular dengan lagu tema Pontianak Harum Sundal Malam, ku seru ni bakal menjadi bini ke-3 seorang datuk yang namanya bermula dengan huruf K..


"Popular sungguh nama Datuk K di kalangan orang industri hiburan kita ni. Tapi yang ini bukan Datuk Khalid suami kepada Siti Nurhaliza. Ini Datuk K yang lain okey.


Bapa saudara kepada Datuk K kawan baik kepada kawan ofis Joyah. Dia pun berceritalah kepada teman Joyah. Katanya, sudah sah Misha dah jadi isteri ketiga kepada anak saudaranya seorang usahawan yang cukup berjaya di Kelantan itu.


Tarikh kahwin tak pula diberitahu tapi apa yang membuatkan Joyah nak pitam, dengar khabarnya Misha menerima hadiah wang lebih kurang RM1 juta ringgit, rumah dan lain-lain aset yang cukup banyak.


Amboi, untung betul jadi Misha Omar, rezeki cukup murah sebab dapat hadiah begitu banyak. Untung badan orang cantik dan popular macam Misha.


Kalau benar seperti mana yang disampaikan, rasanya tak terlambat untuk Joyah ucap selamat pengantin baru". -Utusan

p/s : ni bukan Datuk K versi Datuk Siti yer.. hehe. nak tahu siapa? wait and see!
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: