Thursday, January 13, 2011

Semakan Program Ijazah Luar Negara (PILN)


Tahniah kepada sesiapa yang berjaya. Walaubagaimanapun semakan bagi sesiapa yang telah memohon untuk Program Ijazah Luar Negara (PILN) di Jabatan Perkhidmatan  Awam boleh dilakukan melalui  laman di bawah ini : 
Sebenarnya dari semalam iaitu bermula 3 petang telah dibuka untuk tujuan semakan bagi status permohonan  Program Ijazah Luar Negara (PILN) ini. Semakan boleh dibuat melalui, http://esilav2.jpa.gov.my. Bagi yang tak berjaya. Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara terus di e-rayuan pada laman web yang sama pada 4 Jun nanti dan pemohon tidak dibenarkan menukar kursus yang dimohon sebelum ini.
Apa Program Ijazah Luar Negara (PILN) ini?

Program Ijazah Luar Negara (PILN) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang cemerlang untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti-universiti Terkemuka di luar negara dalam bidang-bidang yang kritikal serta bidang-bidang lain yang diperlukan oleh negara.
Calon-calon yang berjaya ditawarkan biasiswa tajaan Jabatan ini dikehendaki untuk mengikuti program-program persediaan yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini bagi tempoh 3 bulan hingga 24 bulan bergantung kepada program pengajian/negara tajaan.Permohonan untuk mengikuti program ini hanya dibuka selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi setiap tahun. Permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) adalah secara online dan tiada sebarang bayaran dikenakan.
Pemohon yang tidak berjaya juga boleh cuba memuat turun borang rayuan dihttp://youth.mca.org.my dan borang itu perlu dihantar sebelum 1 Jun 2010 di alamat Biro Pemuda Pendidikan Nasional MCA atau di MCA negeri. Mereka akan cuba membantu anda-anda yang tidak berjaya.
P/S : Bagi permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) untuk kursus-kursus di Universiti Penyelidikan (Research Universities), keputusan akan dikeluarkan pada 4 Jun 2010
PP/S : Keputusan rayuan permohonan PILN 2010 juga dijangka akan diumumkan pada 11 Jun 2010 mulai pukul 3.00 petang. Keputusan rayuan PILN ini sepatutnya telah diumumkan lebih awal tetapi berikutan banyaknya rayuan yang diterima, pihak JPA memerlukan sedikit masa untuk meneliti setiap rayuan tersebut.
melalui : beritasemasa

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:

Anonymous said... Reply To This Comment

Beneficial info and excellent design you got here! I want to thank you for sharing your ideas and putting the time into the stuff you publish! Great work!