Sunday, January 23, 2011

Penyanyi rogol remaja ditahan

CANCUN: Seorang penyanyi pop terkenal Mexico, Kalimba ditahan selepas didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang gadis remaja. 

Kalimba tiba di bandar Caribbean di Chetumal dalam pesawat Kerajaan Persekutuan Mexico selepas diusir dari El Paso, Texas kerana melanggar peraturan imigresen.


Peguamnya, Eliezer Garcia, memberitahu Televisa bahawa Kalimba berada di Texas kerana urusan perniagaan apabila dia ditahan dan tidak cuba melarikan diri.

Pendakwa raya menuduh Kalimba merogol gadis berusia 17 tahun pada 19 Disember lalu di sebuah hotel di Chetumal, ibu kota negeri Quintana Roo. 

Seorang hakim mengeluarkan waran tangkap ke atas penyanyi itu. 

Kalimba, 28, menafikan tuduhan itu dalam kes yang mendapat liputan muka depan akhbar tempatan dan menjadi topik perbualan rancangan bual bicara. – AP bharian
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: