Monday, January 24, 2011

pembaca berita tv3, Azwaliza Azman nikah


Pembaca berita tv3 Azwaliza Azman,30 atau lebih dikenali dengan panggilan wawa, telah menamatkan zaman solonya apabila selamat diijab kabul dengan pasangan tersayang, Kadir Rashid, 32 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.30 petang pada 22 Januari 2011  yang lalu. 

Azwaliza Azman menerima sembilan dulang hataran dari pihak lelaki berbalas 11 daripada pihaknya dan menerima mas kahwin RM20,000 serta wang hantaran RM 50,000.

Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datu Farid Ridzuan dan artis tersohor tanah air, Siti Nurhaliza Taruddin bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: