Tuesday, January 25, 2011

Liverpool tekad buru Suarez



LIVERPOOL - Liverpool semakin serius untuk mendapatkan Luis Suarez sehingga sanggup terbang ke Belanda untuk mengadakan perbincangan lanjut.
Pengarah Strategi Bola Sepak Liverpool, Damien Comolli telah berada di Amsterdam semalam.
Dia akan berkunjung ke Ajax untuk memperhalusi terma dan syarat bagi mendapatkan penyerang Uruguay itu.
Andai Liverpool berjaya membuat tawaran berjumlah £20 juta (RM97.5 juta), mereka pasti akan mendapatkan terus khidmat pemain berusia 23 tahun itu pada pertengahan minggu ini.
Suarez sendiri telah menyatakan yang dia berminat untuk beraksi di Liga Perdana England dan Liverpool menjadi keutamaannya.
"England mempunyai sebuah liga yang begitu menarik perhatian saya sama seperti Liga Sepanyol. Ia merupakan liga terbaik di dunia," kata Suarez.
Penyerang Ajax itu turut telah memberitahu rakan sekelabnya bahawa dia berasakan perpindahan ke Liverpool itu bakal diselesaikan dalam masa terdekat.
Namun jurulatih Ajax, Frank De Boer menyatakan bahawa nilai Suarez adalah sama dengan Edin Dzeko yang dibeli dengan harga £27 juta (RM131.6 juta) oleh Manchester City. - Agensi

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: