Friday, January 14, 2011

korek tanah jumpa janin


Akibat terkejut warga emas tercampak fetus dalam parit 


KOTA KINABALU: Akibat terlalu terkejut apabila mendapati bungkusan plastik yang dikeluarkannya dari halaman rumahnya di Taman Che Mei, Lido dekat sini, semalam, adalah janin, seorang wanita warga emas tercampak janin itu ke dalam parit.


Ia berlaku jam 1.45 petang, apabila Chin Shing Chin, 65, yang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya terlihat tanah di luar pagar seolah-olah baru dikorek dan dikambus serta ditutup batu.
Didorong perasaan ingin tahu, Chin mengorek tanah itu dan menemui bungkusan berkenaan. 


Sebaik membuka plastik itu, Chin yang amat terkejut melihat janin di dalamnya, terus menjerit sehingga janin dipegangnya tercampak ke dalam parit. 



Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas, berkata siasatan awal mendapati janin berusia lima bulan dan cukup sifat itu ditanam pihak tidak bertanggungjawab, malam kelmarin. 



“Bagaimanapun, jantinanya belum dikenal pasti dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk pemeriksaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran, dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dengan menelefon 088-242111.


-bharian-

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:

AZRUL AZMI said... Reply To This Comment

orang dulu lagi best, korek tanah jumpe harta....
ni korek tanah jumpe janin.... kalu bayi ok la... ni janin...