Sebuah kapal AirAsia jenis Airbus bernombor AK5218 terbabas ketika mendarat di dalam cuaca buruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing (LTAK) pada 11 Januari 2011 (kemarin) setelah berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur. Puncanya, dari permukaan jalan yang licin dibasahi hujan.
Kapal terbang Air Asia tu terseret di atas jalan hingga mengakibatkan percikan bunga api terhasil dari geseran sayap kanan kapal dengan permukaan jalan. Kapal AirAsia ni ketika itu membuat pendaratan dengan membawa 124 penummpang dan 6 krew kapal, selepas kapal berhenti terseret setelah terbabas kesemua penumpang dan krew AirAsia berlari keluar menyelamatkan diri, mungkin kerana takut kapal terbang itu akan meletup secara tiba-tiba.
Namun tidak ada penumpang mengalami kecederaan parah, cuma 6 penumpang mendapat kecederaan ringan, pada kami kecederaan ketika semua penumang panik mahu keluar seberapa pantas yang boleh dari badan kapal.
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment