Saturday, January 22, 2011

Ferrari bekas Presiden Tunisia dicuri


TUNIS - Sebuah kereta mewah Ferrari 599 GBB Fiorano bernilai AS$199,189 (RM610,514) milik bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali dicuri dengan menggunakan sebuah forklift, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pencuri yang mengendalikan forklift itu sempat tersenyum ketika membawa kereta curi tersebut di lebuh raya pada waktu tengah hari.
Imej kereta sport itu dicuri boleh dilihat di laman YouTube.
Isteri bekas presiden itu, Leila Trabelsi yang berusia 53 tahun dikenali kerana sangat menyukai kereta-kereta mewah.
Keluarganya dikatakan memiliki lebih 50 buah kereta yang disifatkan sebagai simbol penting perbuatan rasuah.
Digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab, bekas pendandan rambut itu juga memiliki banyak rumah mewah dan sering membeli-belah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan menghabiskan ratusan ribu dolar.
Sejak Zine El Abidine melarikan diri dan tinggal dalam buangan di Arab Saudi, keadaan di bandar Tunis, Tunisia masih belum aman sepenuhnya.
Para penunjuk perasaan dilihat mencium anggota tentera dan meletakkan bunga di atas kereta-kereta kebal selepas Zine El Abidine melarikan diri pada minggu lalu.
Pentadbiran baru yang dipimpin oleh presiden sementara, Fouad Mbazaa menjauhkan dirinya daripada rejim Zine El Abidine dan mula membebaskan 1,800 banduan.
Selepas Zine El Abidine meletakkan jawatan dan melarikan diri itu, Tunisia mengumumkan aset-aset yang dimiliki oleh bekas presiden tersebut akan disiasat. via kosmo


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: