Sunday, January 23, 2011

Dr M hormati pandangan Melayu Singapura

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghormati pandangan masyarakat Melayu Singapura yang menolak dakwaannya bahawa golongan itu terpinggir di republik berkenaan. 

Beliau berkata, masyarakat Melayu Singapura berhak menyanggah dan menyatakan apa saja terhadap kritikannya atas dasar kebebasan bersuara.


“Mereka boleh cakap apa saja kerana Singapura ada kebebasan bersuara asalkan tidak mengatakan perkara yang tidak disukai oleh kerajaan Singapura,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Viva Palestina Malaysia (VPM) di sini, malam tadi.

Mengulas mengenai usaha kerajaan Selangor untuk meminda pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bagi memberi kuasa melantik tiga pegawai eksekutif di negeri itu kepada Sultan, Dr Mahathir yakin perkara itu tidak akan berlaku kerana Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menasihati Sultan. 

Beliau berkata, sebagai contoh Yang di-Pertuan Agong juga bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan tiada keperluan untuk meminda kembali Perlembagaan. 

Sementara itu ketika berucap, Dr Mahathir berkata, kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin boleh dihentikan sejak dulu lagi jika Amerika Syarikat (AS) dan Britain tidak memberi sokongan kuat kepada Israel. 

Tanpa sokongan dua negara itu, katanya, Israel sememangnya lemah dan ia terbukti melalui peperangan antara rejim itu dengan tentera Britain yang menyaksikan enam juta masyarakat Yahudi terbunuh. 

“Kedua-dua negara kuasa besar itu adalah pejuang kuat kepada hak asasi kemanusiaan dan perpaduan, bagaimanapun tetap menyokong pembunuhan kejam penduduk Palestin oleh rejim Zionis,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memahami penderitaan masyarakat Palestin dengan terus menyalurkan bantuan sehingga negara itu aman dan bebas daripada cengkaman Yahudi. via bharian
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: