KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. dan Program Pembangunan Pendidikan Bangsa -Bangsa Bersatu (UNDP) di bawah program Dana Impian Honda (Honda Dreams Fund, HDF) menawarkan biasiswa kepada 20 calon mulai 5 Januari lalu.
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berusia 17 tahun hingga 24 tahun layak untuk memohon sehingga 31 Mac ini.
Permohonan mestilah daripada keluarga yang berpendapatan RM1,500 atau kurang, sihat tubuh badan dan tidak terikat dengan mana-mana biasiswa serta tidak menerima bantuan daripada mana-mana organisasi.
Selain itu, para pemohon juga perlu menulis sebuah karangan tidak lebih darpadai 500 perkataan mengenai aspirasi mereka untuk merealisasikan impian masing-masing.
Program yang dilancarkan pada tahun lepas ini disediakan khusus bagi belia daripada keluarga kurang berada tetapi berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, HDF menyediakan satu peluang kepada belia yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian tinggi.
"Kami percaya, pendidikan yang diterima akan membantu merealisasikan impian mereka.
"Melalui HDF, kami berharap dapat menyediakan prasarana untuk generasi muda menuju kehidupan yang lebih baik di masa hadapan dan mengubah nasib keluarga masing-masing," katanya.
Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan daripada segi yuran pengajian serta elaun sara hidup sepanjang tempoh mereka mengikuti pengajian dalam jurusan pilihan masing-masing di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan.
Borang permohonan dan maklumat lanjut tentang biasiswa ini boleh didapati dengan melayari,
Daripada: Utusan Malaysia dan azrul azmi
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment