Friday, December 31, 2010

Kapal Terbang Team Lotus F1 AirAsia


Gambar di atas adalah imej pesawat AirAsia jenis Airbus A320 (pendaftaran 9M-AFY). Kapal terbang AirAsia ni dicat dengan warna hijau-kuning, warna tema pasukan Team Lotus F1 iaitu pasukan Formula 1 Malaysia dibawah pimpinan Tony Fernandes. Anda boleh lihat dengan jelas rentetan logo penaja pasukan Lotus Racing F1 (nama Team Lotus F1 pada tahun 2010) seperti Maxis,Naza,Proton,CNN. Paling membanggakan, insignia 1Malaysia pun ada!. Pesawat ini berada di Lapangan Terbang Changi, Singapura ketika gambar diambil. Rasa bangga terbit tatkala terlihat gambar ini. Bangga dengan Tony Fernandes dan Team Lotus F1 kerana menaikkan imej Malaysia di mata dunia. Malaysia Boleh!

sumber : iawani
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: