so? macam mana... ok tak? ok lah kan... comel2 gitu kan... hehe... jangan lupa kita kasi pecah panggung 19 May nanti ea... anyway, Tiz dan Yassin memang terbaik!
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
Showing posts with label tiz zaqyah. Show all posts
Showing posts with label tiz zaqyah. Show all posts
Tuesday, March 22, 2011
Video : Lagu Tema Nur Kasih The Movie, by Tiz Zaqyah dan Yassin.. terbaik!
korang pernah dengar Tiz nyanyi tak? nak dengar tak? jom dengar Tiz nyanyi untuk lagu tema Nur Kasih The Movie yang akan berada di pawagam pada 19 May 2011 nanti... jom sama-sama dengar... awww....
Thursday, February 10, 2011
Tiz Zaqyah tak cepat melatah
gosip antara dirinya dengan remy ishak dan seorang anak VIP yang didakwa sedang bercinta menjadi perbualan hangat kini. Namun, Tiz tak cepat melatah dan melenting tentang gosip itu. Kata orang, Tiz seorang yang 'cool' gitu. Betul ke? apa kata Tiz..
“Saya sebenarnya sedih dan penat apabila tidak pernah sudah kisah yang memburuk-burukkan saya sedangkan saya sendiri tidak tahu dari manakah cerita palsu ini semua timbul.
“Dalam hal seperti ini, saya hanya mampu berkata barangkali ia adalah pelanduk dua serupa. Saya enggan memikirkan lagi cerita-cerita seperti ini kerana tiada faedahnya untuk saya berbuat demikian.
“Disebabkan itu, saya lebih selesa untuk bercerita tentang perihal kerjaya saya berbanding kehidupan peribadi kerana tidak mahu orang akan menjadi muak dan jelik mendengarkannya. Jadi, cukup-cukuplah menjaja cerita yang tidak betul tentang diri saya,” ujarnya kepada Utusan.
Tuesday, February 01, 2011
tiz zaqyah pilih remy ishak atau anak VIP, aizat fikri?
gosip terbaru yang mendakwa tiz zaqyah dan remy ishak mengunjungi pusat membeli belah IKEA baru-baru ini telah disahkan oleh tiz sendiri.
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
Namun, tiz menjelaskan bahawa mereka pergi ke situ adalah untuk membeli barang perhiasan bilik tidur tiz dan bukannya untuk membeli kelengkapan rumah mereka.
“Gosip beli rumah dengan Remy dan dakwaan kami tinggal sebumbung adalah tidak benar. Saya masih duduk dengan keluarga saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara.
Tiz juga menolak gosip pertunangannya dengan anak VIP, aizat fikri yang dikecohkan media sebaliknya mengatakan dia langsung tak mengenali empunya diri itu.
“Saya hairan bagaimana orang boleh kaitkan saya dengan seorang lelaki bernama Aizat itu sedangkan saya tidak pernah mengenalinya langsung, jika mereka ada bukti sila tunjukkan pada saya.
“Saya hairan mengapa orang suka kaitkan saya dengan kontroversi, tetapi saya percaya kebenaran akan terbukti tidak kira sama ada kita salah atau sebaliknya,” katanya tidak mahu dikenali sebagai pelakon kontroversi.
lisa surihani dalam majalah harmoni
sekarang admin nak tukar ke mode promosi jap.. promosi lisa surihani ke atau majalah harmoni ni? dua-dua sekalilah..
ceh.. tiz zaqyah pun ada.. fida pun ada.. thumbs up!
Dapatkan Majalah Harmoni keluaran 1 February di pasaran. Banyak cerita menarik termasuk kisah walkathon yang akan diadakan pada bulan 3 nanti.
Tuesday, January 25, 2011
tiz zaqyah dan remy ishak selalu bersama
KL 25 JAN 2011: Rasanya tentu ramai pembaca dah membaca pengakuan aktres popular Tiz Zaqyah yang menafikan dirinya tinggal serumah dengan aktor Remy Ishak. Jelas Tiz, semua itu hanyalah fitnah waima berita itu adalah satu fitnah yang nyata.
Mungkin peminat kedua-dua artis tersebut gembira tak terkata mendengar pengakuan Tiz itu. Maklumlah ramai yang menyokong kedua-duanya dan berharap agar semua cerita itu hanyalah palsu. Namun dalam penafian tersebut, informer Murai Batu baru sahaja menyampaikan berita bahawa kelibat mereka berdua dilihat bersama-sama shopping di Ikea, minggu lalu.
Bukan informer Murai Batu sahaja yang nampak, bahkan ramai lagi orang yang menyedari pasangan romantik tersebut sibuk membeli belah di sana. Baru sahaja Tiz membuat penafian alih-alih mereka berdua pergi membeli belah bersama-sama, jadi jelas informer Murai Batu, ia secara tak langsung membuatkan orang ramai yakin mereka berdua memang tinggal sekali.
Murai Batu tak mahulah bersangka buruk tapi apa pun terpulanglah pada orang ramai untuk membuat andaian sendiri. Bagi Murai Batu mungkin mereka hanya pergi membeli belah sama, dan tak semestinya mereka tinggal sekali. Mungkin juga mereka dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dan dalam persediaan untuk melengkapkan rumah impian mereka. Hanya mereka berdua sahaja yang tahukan.
Tapi Murai Batu harap baik Tiz mahupun Remy, memandangkan perbuatan anda berdua menjadi perhatian, jadi selepas ini apa kata lebih baik berhati-hati demi kebaikan sendiri.
credit berita to muraibatu
credit berita to muraibatu
Monday, January 24, 2011
drama gemilang tv3
drama gemilang telah memulakan siarannya untuk episod pertama kalinya pada 24 januari 2011 di tv3. Drama tersebut yang disiarkan pada hari isnin pukul 9.00 malam di tv3 dijangkakan mendapat sambutan ramai dalam kalangan penonton setia di negara ini.
Hal ini kerana, drama gemilang yang di bintangi oleh pelakon terkenal, Shah Jazle, Kamal Adli, Tiq Zaqyah dan ramai lagi, telah menjadikan drama itu hidup. Teruskan setia dengan tv3 untuk menikmati drama-drama yang menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)





