Tuesday, February 01, 2011

tiz zaqyah pilih remy ishak atau anak VIP, aizat fikri?

gosip terbaru yang mendakwa tiz zaqyah dan remy ishak mengunjungi pusat membeli belah IKEA baru-baru ini telah disahkan oleh tiz sendiri. 

Namun, tiz menjelaskan bahawa mereka pergi ke situ adalah untuk membeli barang perhiasan bilik tidur tiz dan bukannya untuk membeli kelengkapan rumah mereka. 

“Gosip beli rumah dengan Remy dan dakwaan kami tinggal sebumbung adalah tidak benar. Saya masih duduk dengan keluarga saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara. 


Tiz juga menolak gosip pertunangannya dengan anak VIP, aizat fikri yang dikecohkan media sebaliknya mengatakan dia langsung tak mengenali empunya diri itu.

“Saya hairan bagaimana orang boleh kaitkan saya dengan seorang lelaki bernama Aizat itu sedangkan saya tidak pernah mengenalinya langsung, jika mereka ada bukti sila tunjukkan pada saya. 

“Saya hairan mengapa orang suka kaitkan saya dengan kontroversi, tetapi saya percaya kebenaran akan terbukti tidak kira sama ada kita salah atau sebaliknya,” katanya tidak mahu dikenali sebagai pelakon kontroversi. 
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: