gosip antara dirinya dengan remy ishak dan seorang anak VIP yang didakwa sedang bercinta menjadi perbualan hangat kini. Namun, Tiz tak cepat melatah dan melenting tentang gosip itu. Kata orang, Tiz seorang yang 'cool' gitu. Betul ke? apa kata Tiz..
“Saya sebenarnya sedih dan penat apabila tidak pernah sudah kisah yang memburuk-burukkan saya sedangkan saya sendiri tidak tahu dari manakah cerita palsu ini semua timbul.
“Dalam hal seperti ini, saya hanya mampu berkata barangkali ia adalah pelanduk dua serupa. Saya enggan memikirkan lagi cerita-cerita seperti ini kerana tiada faedahnya untuk saya berbuat demikian.
“Disebabkan itu, saya lebih selesa untuk bercerita tentang perihal kerjaya saya berbanding kehidupan peribadi kerana tidak mahu orang akan menjadi muak dan jelik mendengarkannya. Jadi, cukup-cukuplah menjaja cerita yang tidak betul tentang diri saya,” ujarnya kepada Utusan.
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment