Showing posts with label anak mama's stories. Show all posts
Showing posts with label anak mama's stories. Show all posts

Friday, February 18, 2011

jangan lupa bawa pen sebatang

entry ni admin nak cerita tentang pen.. semalam pergi cimb bank kejap, sebuah cawangan di kelantan ni, nak buka akaun.. pergi ke kaunter.. ambil borang.. then mata liar je cari pen.. tengok kanan.. tengok kiri.. jom melintas.. ehh.. buat lawak pulak.. cari punyer cari, tak jumpa  walaupun sebatang pun.. puih! mak aii.. kedekut punyer bank. hehe..


yer la.. setakat ni.. semua bank yang admin pernah cilok duit ada disediakan pen walaupun sebatang dan walaupun terikat dengan rantai besi siap mangga lagi tu.. hehe.. at least, boleh la jugak guna walaupun terpaksa que.. ish2..

 masa terdesak ni lah baru kita ingat pentingnya sebatang pen walaupun batang dakwat sahaja.. hehe.. moralnya, bawaklah sebatang pen kalau berhajat nak ke bank yer.. nanti jadi masalah negara pulak.. ok :)

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, January 20, 2011

pahit jerih blogging

haiha.. dalam entry ni lak, gua nak gossip2 sikit pasal perih jerih gua selama gua blogging sebulan.. ni bukan gossip mulut longkang cam mak minah dan mak senah kat pasar tu nyer, gossip gua ni ada lesen, stesen berlesan, tapi yang korang selalu dengar acik2 borak kat tepi2 tingkap, kat kedai2 runcit tuh, tu gossip stesen haram punyer..haha:) ehh.. laser ke mulut gua nie?sorry..hehe

gua start blogging sebulan lalu. dalam masa seminggu pertama, unique visitors tu toksah duk cakap la, xdok sorang pun yang bertenggek kat blog gua ni.. gua tulis bukan main semangat lagi, tapi cam tak wujud je blog ni.. sorang pun tak komen @ bagi respond.. gua start rasa cam syok sendiri je, tapi lepas baca entry kat blog2 goldazone, gua pun muhasabah diri cikit..hehe

kalo korang blogging then blog korang tu takde pelawat untuk awal2 ni, gua nasihat korang janganlah putus asa, try update selalu blog dan tulis blog pakai hati yang ikhlas, supaya diredhai Allah s.w.t.. sebab cuba tengok blog yang tersohor cam benashaari tu, beliau pun mula dari bawah gak.. kita kalo nak dapat follower ramai, jangan paksa orang suh follow, biar orang tu follow sendiri, sbb dgn tu, kita dapat menilai kualiti kandungan blog kita. disamping tu, benda tu juga kita dapat jadikan sebagai kayu ukur kita untuk mempertingkatkan lagi usaha kita memperbetulkan apa yang tak betul, apa yang orang suka, apa yang orang x suka. last but not least, nasihat gua, kalo korang betul2 minat blogging, teruskanlah. tapi, kalau korang berblogging kerana terpaksa, mungkin korang berjaya mencapai matlamat korang tu, tapi korang pasti takkan dapat merasa apa itu 'nikmat berblogging'..

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Tuesday, January 18, 2011

ujian undang-undang berkomputer

alhamdulillah.. 46/50... ok ape.. it's my first time.. tak baca pun.. time nak tunggu giliran dalam 5 minit baru aku bukak buku.. tu pun baca bahagian sistem kejara semua tuh.. sebab yang ni tak boleh pakai hentam gitu je.. buat yang terrer menembak, kira plus ar untuk korang.. but, i'm not..hehe :) kesian ada gak kawan2 ku yang nak dekat 3-4 kali repeat, tapi still 41,40 gitu.. 42 baru lulus.. korang bape lak?ade dapat full? clap2x..guna kaki tangan..hehe

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

memang sah! gengblogger banned aku!



wuaa..nak nangis.. aitu dah kena banned dah.. tapi tu aku boleh terima lagi.. tapi yang ni tatau sebab nyer.. cuba korang tengok waktu dan masa kedua2 gambar diatas.. sama..(click untuk tumbesaran otak yang cepat) tapi why gengblogger why??

entry aku kelmarin tu hilang mula aku sedari pada pukul 5 petang.. sebelum tu ada jer..kenapa?? ek?
jawab gengblogger jawab...hehe..buat muka tension jer..hehe :)
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, January 17, 2011

aik? tak sampai 5 minit dah dapat popular hari ini di gengblogger


aik?aku pelik lah camne korang buat ni sampai dapat popular hari ini di gengblogger padahal tak sampai pun 5 minit lepas pukul 12. aih? pelik betul.. tapi, kalo sekali dapat gitu, aih.. nampaknya femes la blog korang jap.. follower pun semakin meningkat.. maybe diorang guna cara ni kot..ke cara ni??tatau lah.. admiral legacy mesti ada jawapannya...hehe:)

p/s : so, rebutlah peluang untuk terpamer di situ yea.. good luck..:)
- jangan lupa click like atau share kalau suka
- follow sekali kalau sudi..hehe..


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, January 16, 2011

nikmat blog walking

ni entry pendek je..

wah.. aku baru tau bertapa bestnyer blog walking nih.. tadi duk jalan-jalan dari blog ke blog, then aku jumpa blog dr. mahathir bekas perdana menteri malaysia dulu..

lama jugak blog walking aku tertangguh, ada la dalam 2 jam sebab duk selak-selak entry beliau.. memang best pandangan yang diberi pemimpin kita ni. ok lah..

nak sambung baca entry beliau yang tahun lepas nyer lak..

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 15, 2011

semakin tua semakin sensitif

hehe..betul ke?ape2 pun aku nak kongsi 1 citer mama aku merajuk dengan kakak aku haritu..hehe.. mama aku ni seorang ketua wanita satu parti politik ni.. nama dah ketua wanita, mestilah kuat aura dia dengan partinya, a.k.a taksub r gak..hehe:) satu malam ni, kakak aku tidur kat ruang tamu, aku tengah berblogging time tuh, mama tak tidur lagi.. tatau lah, tetibe je mama nampak purse kakak aku kat tepi sofa, then terus explore isi kandungannya.. 

aku tak amik kisah pun..pastu mama cam tersentak gak r, nampak kad keahlian parti lain, hoho~ kakak aku join parti *** bukan parti yang mama ketuai.. mama pun nampak cam terasa je.. hehe~ aku buat de je..malas nak campur.. haha:) haritu kakak aku call, nak cakap dengan mama, aku angkat, masa tu mama ada kat sebelah aku.. aku buat muka cam nak kasi mama, tapi mama buat muka cam tak mau jer cakap..hehe.. sebab kakak aku terlupa nak call mama masa sampai kat universiti pagi tu..hehe.. dalam ati.. ala.. mama..yang tu pun nak amik hati.. rileks la..hehe:)

 betullah orang cakap, semakin tua semakin sensitif.. mama umur setengah abad dah masuk 2011 ni.. pe2pun, aku sayang mama.. hehe~

p/s : aku sayang mama..
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Friday, January 14, 2011

jom masuk kubur cepat-cepat


"tuk3x"..pintu sliding rumah diketuk.. oh, mok a.k.a nenek rupannya.. jom pergi ke kubur.. aku jawab, jom.. let's go bebeh.. hehe.. takde lah camtu..

pagi ni aku dan mok pegi ke kubur..pagi jumaat ni elok pergi ke kubur melawat mereka yang dah terbujur kaku kat sana. disamping tu, ia dapat upgrade iman aku supaya lebih dekat kepada Allah s.w.t pencipta sekelian alam. ye la, sebab iman ni boleh berkurang dan bertambah, bergantung pada amalan seseorang itu. betul tak? hehe..

ala.. toksah duk mengata orang yang nak pegi ziarah kubur.. "eh, buat ape la ko pegi kubur pagi2 buta ni, lebih baik berblogging", hehe.. sebab aku aku gitau gitu? sebab ala.. at last, tu jugak rumah kita yang kekal abadi.. orang yang pakai porsche? orang ada tanah sekangkang kera?orang yang ada badan tough? ehh, aku terasa..hehe, semuanya duk baring guna kain kafan warna putih gak, tak pernah dengar orang mati pakai kain kafan bertatahkan emas permata,hehe, pakai kain kafan warna pink ker, haha..tak der kan?

pepepun, aku dapat 1 tip yakni kalau batu nisan tu berbentuk bulat, mok cakap tu kubur orang laki-laki, tapi kalau bentuk leper, tu kubur perempuan. aku baru tau bai.. tatau la kot2 korang dah tau..

p/s : bila pergi kubur, minta ambil air sembahyang la dulu, nampak ok cikit..
dan jangan ikut perangai fasha, tak elok..hehe
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

gengblogger banned blog aku!!



perhatikan kedua-dua gambar diatas..masa yang sama, tapi tidak tersenarai..
sedihh.... 
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Tuesday, January 11, 2011

blog aku bernilai RM 100,402.21..ko?

fuh..100 ribu..sape nak beli?haha..

fuh..panas masih terasa..haha..nak terberak lawak pun ada.. tadi duk blog walking jap, then terserempak dengan 1 application nih, cara nak check harga blog atau website korang. aku pun check, fuh! mak aii haha.. dia kata harga aku nyer blog 100 ribu..haha.. cuba click gambar diatas untuk tumbesaran yang lebih cepat..hehe

lawak pun ada..blog aku ni bape sen je aku ase..haha..pe2pun. aku takkan jual tubuh blog aku ni..hehe..
cuba korang check korang nyer..dapat bape juta rupiah dollar?..haha
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, January 10, 2011

malas nyer nak blog walking kalau..

jom ikut aku blog walking sambil makan kacang..hehe
1. internet slow


2. empunya blog letak banyak widget sampai berjam2 loading page..then jari-jemari dah start rasa gatal2 pastu gerak mouse ke atas belah kanan, pastu pangkah tanda 'X'..haha..

3. terjah satu blog, tengok kanan tengok kiri, jengguk atas jengguk bawah, cari ruang nak tinggal tapak kaki..tapi x jumpa..uihh.. geramnya..sumpah aku xkan bukak dah blog tuh..haha

4. bukak satu blog, mak aii...tengok front page nak dekat 100 post dia letak, scroll bukan main kecik kat belah tepi..dalam ati berbicara..patut la nak tunggu loading page tu je, aku tunai hajat pun sempat lagi asenyer..haha.. kalo dah camni, mouse tu rasa macam dah menari2 nak click kotak merah 'X' tuh..haha..so, ops..tertekan..sori..lain kali yea aku lawat blog korang, tunggu nanti aku beli package broadband yang up cikit kelajuannya..hehe..

*hehe..sori kalo ada2 budak comel yang terasa..aku pun terasa jugak..hehe.. kalo korang nak tambah, silakan..haha

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

kakak masuk paper..haha

supaya jasa dan usaha diredhaiNya..

haha..tadi bangun tidur dan terus bukak metro online nak baca berita-berita terkini, tetibe wajah kakak aku yang kiut-miut ni muncul,hehe.. apa lagi, terus buat jadi enty ni..haha. bukan tujuan nak berbangga, tapi nak menggalakkan generasi ummah masa kini supaya saling bantu-membantu antara satu sama lain. nak baca sepenuhnya, tekan ni
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 08, 2011

gelas pecah

takutnyer kena buang keje nanti...hahaha
waaaa...gelas kaca pecah.. 'cuak' aku.. aku baru je nak bergiat aktif dalam keje sental2 pinggan mangkuk nih...huhu..kenapalah pecah?padahal aku dah be careful giler2 ah.. tengok, kalo pecah lagi, kompen aku nak mintak berhenti bekerja sebelum diberhentikan..haha :) sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Wednesday, January 05, 2011

WOW! ben ashaari follow blog aku..

buktinya, lihatlah dunia..haha

WOW! ben ashaari follow blog aku..haha.. terkejut giler aku bila aku bangun satu pagi tu, terus bukak laptop, just nak tengok rakan blogger sape yang minat nak kawan dengan aku yang kerdil ni(hehe), tup3, aku tertengok BEN ASHAARI(bukan main besar lagi huruf besar yang beliau guna)haha.. tak caye? cuba click gambar diatas dan tengok arrow tue.. hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. sampai aku tak jadi nak pegi mandi dulu, haha.. kenapa aku gembira semacam jer ni? yea la, cuba korang tengok blog aku yang tak seberapa ni, bukan ada ape pun yang menarik yang boleh dikongsikan, follower aku masa tu pun ada cukup2 buat 1 team bola jer..haha.. kalo tak salah aku, en.ben tersayang tu duk follower aku yang ke belasan jer.. haha.. thanks banyak2 kepada beliau.. mane cik epal, hanis zalikha ker, tak nak follow insan kerdil cam aku ni ker?(poyo jer)..haha..

 oh ya, lagipun aku ni bukan advance dalam dunia blogging, 'backlink' pun aku masih tatau ape makna. main redah je taip2 entry..haha.. in facts, aku baru start tulis2 post ni 3 minggu lepas. masa SPM dah abis..haha.. kalo tak caya, cuba tengok, ruang nasi goreng yang aku goreng tiap2 hari kat belah atas kanan blog.. ia bermula disember 2010.. alhamdulillah, syukur kepadaNya.. tapi, masalahnyer, aku sekarang dah takde masa nak tekan2 keyboard ni, sebabnyer aku dah start keje part-time jadi 'tukang cuci'..haha.. "woi.. tukang cuci tu subjektif la.. asal ko tulis dalam buku kedatangan pekerja tu, aku jadi tukang cuci?", aku bisik dalam hati kecilku ini(chewah).. yea laa.. ade ke patut makcik kat situ tulis aku jadi tukang cuci, setahu aku tukang cuci ni banyak anak beranak dia, ada tukang cuci longkang, tukang cuci mangkuk bamban, etc.. padahal aku cuci pinggan mangkuk jer + sikit2 curi makan kat dapur..haha..

k lah sayang, aku tidur dulu.. esok, insyaAllah aku pergi kerja.. malam nanti kita ketemu lagi ok? selamat malam, jangan lupa baca doa tidur..doa senjata orang mukmin(chewah, sempat lagi aku ni bagi ceramah..hehehe :)

p/s : oh ya..nak pesan, korang ada kurang 24jam lagi sebelum kontest anak mama ditutup secara rasminya..kalau nak join click sini, pastu aku nak minta kita sama2 berdoa kepada misi bantuan ke gunung merapi indonesia atas kelolaan universiti teknologi petronas dan pihak agensi terbabit yang baru berlepas malam tadi, semoga perjalanan pergi dan balik selamat, insyaAllah..
buat kakak aku, selamat menjalankan tugas..hehe


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Friday, December 31, 2010

kucing comel

saya ada kucing, nama kucing saya ciko, ciko seekor kucing yang jinak. ciko ada 5 anak, anak-anak ciko comel-comel belaka. ciko sayang sangat anak-anaknya. bila saya kacau anak ciko, ciko terus gigit tangan saya. tapi, saya tetap sayang ciko. hahaha.. cakap pasal kucing ni, teringat aku masa karangan pendek yang cikgu suruh buat pasal kucing masa darjah 1 dulu-dulu. kalau tengok balik, cam lawak je. tapi best. haha :)
tapi, kucing tu dah mati sebab kena gelek dengan kete depan umah. ciannya.. pe2pun, aku dah topat kucing kat umah aku. so, xde lah boring sangat.sebab kalau aku boring, aku petik je jari, pastu bila dia(kucing) datang, aku main golek2 lah dengan dia.hahaha.. 
p/s : sori la kalo entry ni menjengkilkan korang.haha






sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, December 27, 2010

anak mama di kedai buku

physics, chemistry, add maths, takutnya..haha

salam blogger.. pagi tadi mak ada meeting, so anak mama amik chance melawat kedai buku Muda Osman cawangan Pasir Puteh, Kelantan yang selalu anak mama kunjung masa muda2 dulu (sebelum spm) haha.. Boleh kata, tiap bulan, mesti anak mama borong buku2 ilmiah kat situ. 

 cuba tengok picta di atas, nampak x gambar buku physics, chemistry dan anak beranaknya?haha.. tue lah buku yang anak mama pernah miliki.. anak mama jadi kaget semacam je bila tengok buku2. sebab pe? yea lah, takut dengan result spm yang akan kuar nanti. Huhu :) insyaAllah dapat 9A+.. amin.. doakan anak mama yea.. Nak tau anak mama study kat ner? haha.. shhhh!!

Tapi, anak mama masuk kedai buku pagi tadi bukan nak beli buku ilmiah yea, tapi anak mama selongkar site nih, yang selalu anak mama sangap selama ni. tengok picta di bawah..

site novel pulak..haha
ni la yang jadi pilihan anak2 muda lepasan spm cam anak mama yang lain..haha..time baca novel:) betul x?hihi
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!