Showing posts with label hukum. Show all posts
Showing posts with label hukum. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Starbuck Sah Haram

assalamualaikum semua...

nak tanya, pernah pergi makan-makan, atau minum-minum atau sembang-sembang atau main WiFi kat cawangan Starbuck terdekat tak? haha... meh sini saya nak share something...

(serius) Dengar-dengar Starbuck telah disahkan Haram... Cuba Baca...

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, April 18, 2011

Hukum Menggugurkan Janin

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, January 24, 2011

dilema hubungan tanpa restu

SOALAN :

MASALAH ini mungkin biasa bagi orang lain namun saya amat tertekan. Saya mempunyai seorang kekasih yang lama dikenali namun hubungan kami tidak mendapat restu ibu bapa kerana si dia tidak mempunyai ciri-ciri yang diharapkan.

Walaupun hanya berpendidikan sekolah rendah dan bekerja sebagai mekanik, saya sayangkan si dia. Saya lepasan diploma dari sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.
Jurang itulah yang menyebabkan ibu dan ayah tidak merestui perhubungan kami dan mahu memutuskan perhubungan.

Malangnya ibu ayah tidak tahu kami terlanjur. Kami menjalin hubungan selama empat tahun dan pernah duduk serumah serta menjalin perhubungan seperti suami isteri.

Kami mahu kembali ke pangkal jalan, malangnya penolakan ibu bapa membantutkan hasrat itu. Saya terpaksa merahsiakan keterlanjuran itu kerana takut dimarahi.

Hubungan kami kini berjalan secara rahsia. Bantulah saya doktor kerana tidak sanggup begini lagi.



JAWAPAN :

SEBAGAI ibu bapa yang melahir dan membesarkan adik, pasti mereka mahukan yang terbaik untuk anak dalam pelbagai aspek termasuk pemilihan menantu.

Justeru, kerana perbezaan jurang pendidikan dan pekerjaan, ibu dan ayah menolak calon suami kerana mereka beranggapan dia tidak mampu memberi kebahagiaan hidup kepada adik.

Setiap ibu bapa menyayangi anaknya, justeru penolakan itu sudah tentu berasaskan pada alasan kukuh kerana apabila menyayangi seseorang, mereka menafsir erti kehidupan daripada kaca mata sendiri dan bukan orang lain.

Ibu dan ayah adik melakukannya kerana bukan saja menyayangi adik malah tidak mahu melihat anaknya nanti hidup menderita. Adik perlu memahami mengapa ibu dan ayah melakukannya daripada kaca mata rasional sebagai seorang anak, bukan terlalu mengikut perasaan semata-mata.

Dengan cara itu, adik akan lebih bersifat empati terhadap ibu bapa selain merasai kasih sayang mereka.

Merahsiakan perhubungan juga bukan penyelesaian yang baik apatah lagi sudah terlalu jauh batas hubungan yang dijalin. Adik perlu ada keberanian untuk memberitahu ibu ayah apa yang sudah berlaku sekali gus meredakan konflik yang ditanggung.

Melarikan diri tidak boleh menyelesaikan masalah. Berterus teranglah kerana adik dan kekasih sudah terlalu jauh tersasar daripada landasan agama. Untuk mengelakkan lagi banyak dosa, perkahwinan adalah yang terbaik dan sangat dituntut agama kerana melalui ikatan sah saja, nafsu dapat disalurkan dengan sempurna.

Meskipun perkahwinan memerlukan sokongan ekonomi yang kukuh, dengan pekerjaan kekasih serta bantuan adik, Dr percaya kemantapan ekonomi rumah tangga boleh diatasi secara berdikit.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang lelaki dan perempuan dari kalangan kamu dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu. Jika mereka miskin Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah Maha luas RahmatNya dan limpah kurniaNya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nur 24:32).

Adik tidak perlu lagi merahsiakan hubungan itu malah sudah tentu ibu dan ayah berasa sangat sedih apabila mengetahui keterlanjuran yang adik lakukan bersama kekasih.

Tunjukkan kesungguhan adik untuk berkahwin dan bersikap berani dengan ibu bapa. Ajak kekasih untuk bersemuka dan berterus terang untuk meyakinkan ibu bapa adik berdua sangat serius untuk berkahwin.

Tapi adik perlu ingat, proses memujuk ini belum tentu mudah dan memerlukan kesabaran tinggi. Bersabarlah kerana kesabaran dan kesungguhan biasanya akan memberi hasil yang baik.

Bagaimanapun, jika ia masih gagal, berserahlah pada Allah dan terima dengan reda mengikut batasan adat, budaya dan agama. credit to bimbingan
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, January 23, 2011

Taubat nasuha Muslim bertatu tetap diterima

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa ayat 48 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain dari syirik itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia sudah berbuat dosa yang besar.

Al-Quran juga menegaskan dalam surah az-Zumar ayat 53 yang bermaksud: Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah engkau berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Justeru, taubat masih terbuka buat saudara. Memang Islam melarang tatu, bahkan mengutuk perbuatan ini dengan kutukan yang sangat besar, apatah lagi pada masa Nabi Muhammad SAW, tatu yang menghiasi badan mereka (iaitu orang musyrik) seperti gambar yang mengandungi lambang mempersekutukan Allah. 

Insya-Allah, taubat saudara diterima Allah SWT selama saudara menyesali perbuatan terkutuk itu dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi, sambil memohon ampun kepada-Nya. 

Seterusnya, tatu memenuhi badan saudara hendak dihilangkan. Tetapi jika usaha menghilangkan mengakibatkan kecacatan, maka usaha itu tidak perlu di lakukan. Kepada saudara yang bertanya, sebenarnya sekian banyak hadis melarang perbuatan tatu pada kulit. Antaranya sabda Nabi SAW yang bermaksud: Allah mengutuk orang yang di tatu dan orang yang mentatu (melakukan tatu). 

Banyak ulama yang memberi pandangan kutukan ini. Antaranya Imam al-Qurtubi. Beliau mentafsirkan surah an-Nisa ayat 119 dengan menyatakan bahawa larangan ini berlaku bagi orang yang melakukan hal berkenaan secara kekal (tidak dapat dihilangkan) kerana yang demikian menurutnya adalah perubahan pada ciptaan Allah SWT padahal Dia melarang daripada mengubah ciptaan-Nya. 

Ayat itu yang bermaksud: (Syaitan berkata) Demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata. 

Sementara Sayyid Muhammad Rasyid Redha (wafat 1935) menulis dalam tafsirnya (Tafsir al-Manar) berkaitan ayat di atas, Larangan yang begitu keras ini disebabkan mereka melampaui batas dalam melakukan hal itu hingga mencapai peringkat pengubahan yang buruk (terhadap ciptaan Allah) dan menjadikan seluruh badan, apatah lagi yang jelas pada muka dan tangan berwarna biru kerana tatu yang buruk itu. Tambahan pula dengan banyaknya tatu yang menggambarkan sembahan mereka dan sebagainya seperti yang dilakukan orang Nasrani dengan menggambarkan salib di tangan dan di dada mereka. 

Perbuatan mencacah sama ada yang sementara atau kekal hendaklah dijauhi. Namun, agama Islam tidak membebani seseorang melebihi kemampuannya sehingga sekiranya bekas tatu itu sudah diusahakan untuk membuangnya tetapi tidak boleh, Insya-Allah, Allah akan mengampuninya selama orang yang melakukannya menyedari akan kesalahan dan bertekad untuk tidak mengulanginya. Solatnya juga Insya-Allah akan diterima. Wallahualam.  via agama
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 22, 2011

hukum menghisap zakar

sekadar hiasan mata..

ini adalah tips seks yang harus diambil perhatian oleh pasangan yang sudah berkahwin dan juga kepada mereka yang bakal bergelar raja sehari. tips ini hanya layak di baca oleh golongan 18 tahun dan ke atas sahaja.. sape yang kurang dari itu, minta baca tips-tips lain dulu yea.. terima kasih.
Hukum menghisap zakar suami adalah harus. Jika ia tidak memudaratkan isteri dan mendapat persetujuan daripada isteri. Tetapi jangan sampai tertelan air mazi kerana air mazi itu adalah najis.

Isteri diumpamakan tempat untuk kita bercucuk tanam. Datangilah si isteri dari mana arah yang anda suka asalkan bukan ditempat yang haram.

Memang seronok jika "pemanasan" dilakukan dengan isteri mengisap zakar suami. Tetapi ia harus disetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Si suami perlu bijak bermain psikologi dengan isteri. Wanita tidak suka apabila dirinya dipaksa. Oleh itu anda boleh memujuknya dengan mengatakan jika si isteri mengisap zakar ia akan memberikan kepuasan yang ekstra untuk anda.

Ada juga bagi sesetengah wanita, zakar itu amat mengelikan buat mereka. lebih-lebih lagi jika zakar tersebut berwarna hitam dan ada kupasan kulit mati. Oleh itu sediakan zakar anda sebersih-bersihnya sebelum menyuruh isteri anda mengisapnya. Basuh zakar dengan sabun agar baunya harum.

Suami tidak boleh tiba-tiba sahaja datang dan menyuruh isteri anda mengisap zakar anda, tetapi perlu ada kata-kata "pembuka". Bergurau senda terlebih dahulu dengan isteri kemudian bagi rangsangan luar seperti payudara dan klitorisnya. Apabila isteri sudah agak leka dan 'hanyut' barulah menyuruhnya mengisap zakar anda.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Friday, January 21, 2011

subhanallah : gambar palestine sebelum perang










diatas merupakan beberapa keping gambar yang telah dirakam sebelum berlakunya perang di antara palestine dengan rejim zionis laknatullah. jika kita bandingkannya dengan keadaan palestine sekarang yang sudah menjadi padang jarak padang terkukur. mohon kepada Allah s.w.t agar keselamatan negara kita berkekalan.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, January 20, 2011

Hukum berdoa ketika sujud

Bidaah ialah melakukan perkara yang tidak dianjurkan agama ataupun mengada-adakan perkara baru terutamanya yang berkaitan hal ibadah. Bidaah ini adalah ditolak agama dan Rasulullah mengatakan bahawa: “Saat paling hampir seorang manusia kepada Allah adalah ketika sujud dan banyakkanlah berdoa

Oleh itu harus berdoa ketika sujud dalam solat bahkan jika merujuk hadis tadi, ia adalah digalakkan berbuat demikian. Maka tidak timbul bidaah kerana ia adalah sunnah.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Cara urus uri ikut Islam

ape itu uri? Uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. 
Oleh kerana ia adalah sebahagian dari tempat bayi maka ia adalah bersih dan perlu diperakukan dengan baik seperti ditanam dan tidak ditinggalkan merata-rata. Ini bagi mengelak daripada ia dimakan anjing dan binatang lain.

Sebaiknya dibersihkan dulu dan ada petua orang tua agar ia dibasuh dengan asam supaya tidak berbau hanyir darah yang mana boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Hukum pakai gigi palsu

Penggunaan gigi palsu sama ada dengan cara ditanam atau jenis yang boleh ditanggalkan adalah diharuskan dalam agama. Gigi antara keperluan dalam kehidupan dan perlu dijaga dan dibetulkan jika rosak memandangkan gigi sentiasa digunakan. Membetulkan gigi ini tidak langsung termasuk mengubah ciptaan Allah kerana pada asalnya gigi itu sememangnya wujud. 

Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan di hidung dalam satu peperangan dan beliau kemudiannya meminta keizinan Rasulullah untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Rasulullah membenarkan dan tiada riwayat menceritakan bahawa sahabat tersebut membukanya ketika mati. 

Dalam hal mengebumikan jenazah, jika mampu untuk menanggalkan gigi palsu sebelum dikebumikan harus berbuat demikian. 

Jika ia sehingga menyakiti dan merosakkan mayat, maka tidak perlu berbuat demikian. Tiada larangan untuk dikuburkan bersama. sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Hukum naik pelamin

Perkahwinan adalah ikatan suci yang sunnah daripada Nabi SAW. 

Disunatkan juga mengadakan kenduri kahwin yang bertujuan mengumumkan pasangan bagi mengelakkan fitnah serta berkongsi kegembiraan dengan masyarakat. 

Rasulullah bersabda: “umumkan perkahwinan dan langsungkanlah di masjid dan pukul lah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu. 

“Ketika sahabat Abdul Rahman bin ‘Awf berkahwin, Rasulullah bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.” 

Sebahagian besar masyarakat kita mengumum dan memperkenalkan pengantin melalui pelamin di mana mereka disandingkan sebagai cara diperkenalkan pada umum. 

Adat setempat tidak disanggah agama selama mana tidak bercanggah akidah dan syariat. sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

hukum sengaja lengah sembahyang dikira dosa

PERLUKAH seorang yang tertinggal solat fardu menggantikan solat itu pada waktu itu juga?

SOLAT qada perlu dilaksanakan sebaik saja kita teringat kita sudah meninggalkan solat wajib tadi.

Contohnya, apabila terlepas solat Subuh dalam waktunya, hendaklah kita menggantikan solat Subuh itu setelah sedar daripada tidur.

Lakukan solat qada itu secepat mungkin. Tindakan menangguhkan solat qada hukumnya berdosa besar hinggalah solat itu dilaksanakan.

Tidak perlu ditangguhkan qada solat Subuh ketika hendak melakukan solat Zuhur dan tidak boleh sama sekali ditangguh sehingga Subuh esoknya.

Berdasarkan keterangan hadis, orang yang sengaja melambatkan solat pula sudah dikira berdosa, apatah lagi orang yang meninggalkan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, nyatalah dia sudah kafir”.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, January 16, 2011

zina! bermula di sini


bagi mereka yang sedang bercouple atau memasang hajat untuk berpacaran, saya hidangkan kamu semua dengan video ini supaya kamu semua menjadi lebih rasional dalam semua tindakan.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

tabarruj di facebook

ape itu tabarruj? aku pun baru tahu istilah tu masa duk selak-selak info kat salafus sholih tadi. khas untuk korang. baca entry ni sampai abis tauu..wajib gitu!hehe..

Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satupoint yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalamsurah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.


Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 15, 2011

Live! tengok liwat sekarang

Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau dubur perempuan walaupun dubur isterinya sendiri.
Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.
(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)

MUSAHAQAH (LESBIAN)
Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.
Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman takzir, dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman takzir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti –bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak untuk membuktikan zina.

MENDATANGI BINATANG Seseorang yang mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina. Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan keji yang wajib dijatuhkan hukuman takzir.
BERSETUBUH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI
Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak boleh diistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman takzir. Begitu juga perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya tidak boleh juga dikira sebagai berzina, tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman takzir.
Oleh itu bagi perkara tersebut diatas lelaki dan perempuan itu tadi wajib dikenakan hukuman takzir sahaja dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.
 
       BUKTI-BUKTI UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA
Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:-

i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud: 


”Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka”.
( Surah An-Nisaa' - Ayat 15)

ii) Ikrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini hendaklah dibuat dihadapan imam atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.

iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.



KELAYAKAN SAKSI –SAKSI DALAM KES ZINA

Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:-

1. 4 orang lelaki

2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).




( Rujukan Kitab - Kitab Mathla’al Badraian –
Syeikh Muhammad Daud Al-Fathani )
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

berzina dengan orang bukan islam


SAYA pernah bekerja di luar negara dan mempunyai kekasih wanita bukan Islam dan pernah berzina beberapa kali sepanjang saya di sana.
Saya masih lagi berhubung dengannya walaupun sudah pulang ke tanah air. Sebelum saya pulang, dia pernah mengadu kepada saya yang dia belum keluar haid. 

Apakah hukum dan patut saya lakukan jika benar dia mengandung? Apa akan terjadi pada anak di dalam kandungannya itu? 



Jawapan

Berzina dengan wanita asing itu adalah satu dosa besar. Lebih menyedihkan berlaku antara orang Islam dan bukan Islam. Jika saudara mahukan jawapan berkaitan hukum maka hukumnya adalah berdosa besar.

Saudara perlu segera bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Jika benar dia mengandung, hukum menentukan bahawa saudara bukan bapanya yang sah kerana hubungan yang dijalankan tidak melalui ikatan pernikahan yang sah.

Jika mahu memperisterikan wanita tersebut, adakah dia mahu memeluk Islam kerana saudara sebagai orang Islam hanya boleh berkahwin dengan wanita yang seagama dengan saudara.

Jalan terbaik sekarang ialah bertaubat dan memulakan kehidupan yang diredai Allah. Carilah wanita beriman agar hidup diberkati.


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

rogol lah aku..


"rogol lah aku".. pernah korang dengar pompuan cakap camtu kat laki? x de kan? kalo ade memang aku tabik spring ah kat dia.. tapi, pada masa yang sama, perempuan telah menzahirkan niat dia camtu melalui cara pemakaian, nada suara, gaya bahasa, liuk badan, ekspresi muka dan macam2 lagi.. pakai baju atas punggung, liuk badan kalah sotong, macam mana lelaki tak terjerat dengan hawa nafsu yang mengelodak ni.. ye tak? so, untuk perempuan, jagalah aurat.. supaya indeks rogol dapat dikurang secara tidak langsung..hehe :)
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Wednesday, January 05, 2011

melancap oh melancap

jauhilah yang haram itu..
Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?

Jawapan:
Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).
Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.


Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
Rasulullah SAW,

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.
“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).






Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:
Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Rujukan:
Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.

Kategori: Pernikahan
Sumber: http://fatwa-ulama.com
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!