fasha sandha telah mengemukakan segala bukti-bukti untuk menyangkal dakwaan nora danish sebelum ini yang mengatakan hubungan fasha sandha dan jejai sudah putus 2 bulan dah. Tapi, bagi fasha, hubungannya dengan jejai itu baru sahaja berakhir 18 Januari lalu.
Nora danish juga menafikan yang dialah dalang hubungan jejai dan fasha sandha putus :
“Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu,” kata Nora Danish.
Mungkin, kenyataan nora danish kepada media itu menyebabkan fasha sandha berasa tertindas dan malu agaknya.
“Saya menyangkal kenyataan Nora bahawa Jejai dan saya berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi saya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Kenyataan Nora itu adalah salah. Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu,”
“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami.
“Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,”
Malah Fasha Sandha juga sanggup mengemukakan bukti jika keadaan memaksa.. Rasanya jika ramai yang tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Fasha Sandha ni mesti kita dapat membaca sms-sms jiwang mereka berdua selepas ni
“ketika Jejai di Jepun dan Ninseko, Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu. “Selalunya, kami bercakap selama hampir sejam. Ini jelas, kenyataan Nora bahawa dua bulan kami berpisah dan Jejai menghubungi saya hanya untuk bertanyakan khabar adalah salah.”
“Sekiranya, keadaan memaksa saya tidak keberatan melampirkan bukti. Kenyataan Nora semalam memaksa saya untuk memberikan penjelasan berserta bukti yang kukuh. “Saya masih menyimpan semua SMS, BB Messenger dan semua senarai panggilan telefon. Ini saya jadikan bukti untuk menegakkan perkara yang benar. Malah ibu saya juga ada menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.”
|
cepat, sape yang berani press 'R' ?? hehe.. |
|
yang ni biar admin yang picit 'R'.. hihi |
|
separuh masa pertama.. |
|
separuh masa kedua.. hihi
admin pun naik pening lalat jugak, ape pentingnya tarikh putus tu? putus jugak kan? wakaka.. admin tak memihak sape-sape.. okay.. |
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
Related Posts : fasha sandha,
jejai,
kisah artis,
nora danish
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment