Showing posts with label nora danish. Show all posts
Showing posts with label nora danish. Show all posts

Tuesday, February 01, 2011

komen nora danish dicop dalang jejai dan fasha putus


Nora danish amat terkilan apabila dituduh sebagai punca perpisahan Fasha Sandha dengan Jejai sedangkan Nora Danish tidak pernah masuk campur mengenai hubungan mereka. Tambah Nora Danish lagi, hubungan Fasha Sandha bersama Jejai memang tidak mendapat restu keluarga Jejai sejak dari awal perhubungan mereka lagi. Dan bukanya kerana hasutan dari Nora Danish.

“Saya memang terkilan bila dituduh sebagai penghasut, sedangkan semua orang tahu siapa bekas keluarga mertua saya. Tuan Seri dan Puan Seri adalah orang yang berpengaruh dan mereka golongan berpendidikan, jadi tidak mungkin saya boleh menghasut mereka dengan benda-benda sebegini.
“Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya.
“Selepas berpisah, antara saya tidak berminat untuk mengetahui tentang hubungan mereka, dan saya selesa membawa diri saya sendiri daripada mencampuri hal percintaan mereka,”luah Nora melalui manggaonline.

Nora Danish juga menekankan yang dia tidak bermaksud untuk menipu mengenai tarikh sebenar perpisahan Fasha Sandha dan Jejai… Nora hanya berkata jujur setelah mengetahuinya daripada mulut Jejai sendiri

“Saya hanya beritahu media, apa yang telah diberitahu Jejai. Dan saya tidak tahu ianya benar atau pun tidak, itu semua bergantung pada Jejai untuk bercerita benar ataupun tidak.
“Jejai yang memberitahu saya dan keluarga sewaktu di Jepun, katanya, dia sudah pun berpisah dengan Fasha sejak dua bulan lepas. Bukan saya yang sengaja meletakkan tempoh itu, jika dia (Fasha) rasa saya membuat kenyataan yang salah, itu bermakna Jejai memberitahu saya fakta yang salah. Saya tidak tahu, itu antara mereka, dan saya harap perkara itu juga tidak dikaitkan dengan saya,” 
credit  manggaonline 

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

fasha sandha lampir bukti yang nora danish salah

fasha sandha telah mengemukakan segala bukti-bukti untuk menyangkal dakwaan nora danish sebelum ini yang mengatakan hubungan fasha sandha dan jejai sudah putus 2 bulan dah. Tapi, bagi fasha, hubungannya dengan jejai itu baru sahaja berakhir 18 Januari lalu.



Nora danish juga menafikan yang dialah dalang hubungan jejai dan fasha sandha putus :
“Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu,” kata Nora Danish.

Mungkin, kenyataan nora danish kepada media itu menyebabkan fasha sandha berasa tertindas dan malu agaknya.

“Saya menyangkal kenyataan Nora bahawa Jejai dan saya berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi saya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Kenyataan Nora itu adalah salah. Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu,”
“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami.
“Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,”


Malah Fasha Sandha juga sanggup mengemukakan bukti jika keadaan memaksa.. Rasanya jika ramai yang tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Fasha Sandha ni mesti kita dapat membaca sms-sms jiwang mereka berdua selepas ni
“ketika Jejai di Jepun dan Ninseko, Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu. “Selalunya, kami bercakap selama hampir sejam. Ini jelas, kenyataan Nora bahawa dua bulan kami berpisah dan Jejai menghubungi saya hanya untuk bertanyakan khabar adalah salah.”
“Sekiranya, keadaan memaksa saya tidak keberatan melampirkan bukti. Kenyataan Nora semalam memaksa saya untuk memberikan penjelasan berserta bukti yang kukuh. “Saya masih menyimpan semua SMS, BB Messenger dan semua senarai panggilan telefon. Ini saya jadikan bukti untuk menegakkan perkara yang benar. Malah ibu saya juga ada menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.” 


cepat, sape yang berani press 'R' ?? hehe..

yang ni biar admin yang picit 'R'.. hihi

separuh masa pertama..


separuh masa kedua.. hihi

admin pun naik pening lalat jugak, ape pentingnya tarikh putus tu?   putus jugak kan? wakaka.. admin tak memihak sape-sape.. okay..




sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

(gambar) Nora Danish, Rayqal dan Jejai bercuti di Jepun







credit gambar ohbulan
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 29, 2011

Nora Danish punca Fasha, Jejai putus



“Terus terang saya katakan, sejak dahulu lagi, saya kurang senang dengan pilihan Fasha. Seperti ada yang tidak kena. Tetapi, Fasha tekad dengan pilihannya,” kata ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man berhubung episod cinta duka melanda anak kesayangannya itu.

Sebagai ibu dan orang paling rapat dengan Fasha, Hatijah yang membahasakan dirinya sebagai Mama turut bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas anak kesayangannya itu.

“Ternyata sangkaan Mama benar. Akhirnya hubungan mereka berakhir. Bukan gembira, tetapi mungkin jalan terbaik untuk Fasha.

“Sebagai ibu, Mama hanya boleh beri nasihat dan hanya doa yang terbaik untuk Fasha,” katanya.

Tanpa berselindung, Hatijah mendakwa Nora Danish adalah punca Fasha dan Jejai putus.

“Mama tahu, sepanjang percintaan mereka, bekas isterinya (Nora Danish) tidak puas hati dengan Fasha. Mama ada terima SMS daripada Jejai sebelum dia berangkat ke Jepun. Sejak awal, Jejai bertegas dia tidak akan ke sana.

“Sedih apabila mengenangkan nasib anak sendiri. Tetapi, Mama tahu Fasha kuat semangat. Walaupun suka mengambil sikap berdiam diri, tetapi Fasha tidak mudah patah semangat.

“Mama harap apa yang berlaku akan ada hikmah terbaik untuk Fasha. Mama harap Fasha akan dapat seseorang yang boleh memberi didikan agama dan membimbingnya,” katanya.



Fasha tunjuk bukti!

Berang dengan kenyataan Nora di sebuah akhbar tabloid, Fasha tampil mendedahkan bukti menerusi twitternya.

Pelakon jelita itu menjelaskan hubungannya dengan Jejai, masih seperti biasa sehingga 18 Januari lalu sekali gus menyangkal dakwaan Nora yang hubungan mereka sudah berakhir dua bulan lalu.

Fasha turut mendedahkan beberapa pesanan SMS dan BBM antara mereka berdua ketika Jejai dan keluarganya bercuti ke Jepun.

Antara kata-katanya di dalam laman sosial itu berbunyi; “I’m tired. Now I dah prove that kenyataan I that I break up on the 18th. So tak perlu kita bercakap pasal ni lagi. So I juga dah besertakan bukti. Terlalu banyak sangat bukti in my phone, kalau nak lampirkan semua, sebulan pun tak habis. Harap spekulasi ni berhenti di sini.”

Pada masa sama, Fasha seakan melepas geram terhadap bekas isteri Jejai itu dengan mendakwa Nora membuat kenyataan tanpa usul periksa melalui twitter.

Pun begitu, pelakon drama Chinta itu tidak mahu ditemu bual kerana tidak mahu terus tertekan dengan kisah peribadinya.



Bukan salah saya: Nora

Sementara itu, Nora Danish enggan namanya dikaitkan dalam isu perpisahan antara Fasha dan Jejai.

“Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai hal ini kerana ia tidak ada kaitan dengan saya,” katanya.

Nora berkata, dia tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku antara Fasha dan bekas suaminya itu.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan mereka berdua. Cukuplah sampai di sini nama saya dikaitkan. Saya tidak mahu dikatakan sebagai punca.

“Saya tidak pernah ambil tahu mengenai mereka dan jangan ada pihak membuat tuduhan terhadap saya.

“Biar saya dengan kehidupan saya dan mereka dengan hal mereka,” katanya yang sebelum ini bercuti dengan keluarga Jejai, di Jepun.

Terdahulu, Fasha turut dikatakan menjadi punca penceraian antara Nora dan Jejai.

Kini, Nora pula dikatakan menjadi punca perpisahan antara Fasha dan bekas suaminya.


credit berita sinarharian
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, January 27, 2011

gambar nora danish dan jejai nikah








credit gambar to ariffthaniphotography
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, January 24, 2011

nora danish cover majalah cosmopolitan


kini kejelitaan nora danish tidak boleh dipertikaikan lagi kerana walaupun sudah bergelar janda, tetapi nora danish tetap tampak kelihatan seperti anak dara yang masih fresh lagi. betul tak?hehe..
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!