Anwar Ibrahim mahu saman Dr Mahathir berhubung dengan kes liwatnya yang disebut di dalam laporan rahsia kerajaan Amerika yang didedahkan oleh WikiLeaks. Anwar Ibrahimmenganggap yang kes liwatnya sekarang ini di dalangi oleh beberapa tokoh politik. Pada pandangan kami jika Anwar Ibrahim bertindak menyaman Dr Mahathir, tindakannya itu memberi petanda bahawa ‘dalang’ yang dimaksudkan olehnya adalah orang-orang Dr Mahathir, ataupun orang-orang yang bertugas pada zaman pentadbiran Dr Mahthir.
PendedahanWikiLeaks dengan menyebut nama Anwar Ibrahim juga mendatangkan kembimbangan kepada keselamatan negara. Jika Anwar Ibrahim disebut dalam dokumen rahsia Amerika yang didedahkan WikiLeaks iaitu website yang banyak mendedahkan aktiviti rahsia kerajaan Amerika, itu maknanya ada pihak di dalam kerajaan Amerika yang sekarang ini sedang menjalankan intipan ke atas senario kekacauan dalam politik Malaysia, kemungkinan besar cuba untuk mengambil kesempatan bila tiba masa yang sesuai, ibarat menangguk di air yang keruh.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Pertahanan sentiasa memastikan tiada maklumat sulit negara bocor ke dalam tangan pihak asing, khususnya rahsia berkaitan keselamatan negara. Rupanya walaupun negara kita ni aman, kita sedang di intip.
sumber : iawani
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment