Friday, January 21, 2011

salasilah israel dan yahudi


Melalui al-Quran, bangsa Yahudi dikenali dengan bani Israel. Bertitik tolak dari keturunan nabi Ibrahim a.s. Melalui salasilah nabi-nabi yang disertakan bersama dengan artikel ini, nabi Ibrahim a.s. mendapat dua cahaya mata iaitu nabi Ishak a.s. dari isterinya yang pertama, Siti Sarah dan nabi Ismail a.s. dari isterinya yang kedua, Siti Hajar.


Dari salasilah keturunan nabi Ishak a.s., keturunan Yahudi/Israel dilahirkan. Perkataan Israel itu sendiri berasal dari gelaran nabi Yaakub a.s. yakni anak kepada nabi Ishak a.s. Dari situ maka lahirlah bangsa Yahudi yang digelar sebagai Bani Israel. Berbalik kepada salasilah nabi Ismail a.s., dari keturunannya lahirlah bangsa Arab.



Setelah Nabi Ishak, semua keturunan nabi telah diserahkan kepada bangsa Yahudi. Pendek kata, ramai nabi yg telah diturunkan kepada mereka. Nabi Ya'kub, nabi Yusuf, nabi Musa, nabi Yunus, nabi Syu'aib, nabi Ayub, nabi Zulkifli dan ramai lagi. Kenabian telah dianugerahkan kepada Yahudi hinggalah ke nabi Isa a.s. Nabi Isa adalah nabi berbangsa Yahudi yg terakhir.



Dalam masa yg sama, keturunan Arab yg muncul dari salasilah Nabi Ismail a.s. mengalami ketandusan nabi. Tiada nabi yg diturunkan kepada bangsa Arab, sehinggalah hadirnya Nabi Muhammad s.a.w., khatimul anbiya' penutup segala nabi. Harus diingatkan, turunnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah selepas zaman Nabi Isa A.S.



Dengan kehadiran nabi Muhammad s.a.w., bangsa Yahudi bagaikan menerima satu tamparan yang hebat memandangkan selama ini segala keturunan nabi dianugerahkan kepada bangsa mereka. Dan dengan tiba-tiba sahaja seorang nabi muncul dari `sepupu` mereka iaitu bangsa Arab. 

Bahkan mereka masih tetap menanti kedatangan nabi yang baru dari kalangan bangsa mereka, yang ternyata adalah satu penantian yang sia-sia. Oleh kerana itu, bangsa Yahudi tidak mampu menerima fakta ini dan menolak terus-terusan kerasulan baginda s.a.w. Apabila mereka menolak kerasulan nabi Muhammad s.a.w., ini bererti secara automatiknya mereka telah menolak Islam. 

Di sini juga para alim ulama berpendapat, Allah s.w.t. ingin menunjukkan kepada manusia sekalian alam, bahawasanya agama Allah itu tidak hanya diturunkan kepada sesuatu bangsa sahaja. Sesiapa pun mampu menganuti Islam selagi mana masih berpegang kepada al-Quran dan sunnah, tidak kiralah samada mereka berketurunan Parsi, Turki dan sebagainya.



Bangsa Yahudi telah dibawa masuk ke Palestin untuk kali pertamanya oleh Nabi Musa a.s. ketika melarikan diri dari cengkaman fir'aun di Mesir. Dalam peristiwa inilah, laut merah telah dibelah dua dan bani Israel yg diketuai nabi Musa telah menyeberanginya dgn selamat. Fir'aun dan bala tenteranya pula telah musnah ditelan ombak. Inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Palestin/Jerusalem, dan Allah tetapkan tanah suci ini sebagai mukim tetap mereka. Tapi dengan syarat!



Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) az-Zikr (Lawh Mahfuz), bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba Ku yang soleh.

(Al-Anbiya':102)



*perkataan bumi dalam ayat tersebut merujuk kepada tanah suci Palestin.



Dan bangsa Yahudi tidak mematuhi syarat-syarat yang telah Allah tetapkan dan tidak beramal soleh. Dari sejarah, bangsa Yahudi telah diusir keluar oleh Allah sebanyak dua kali.



Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu, "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakkan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar." Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka maharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.

 Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak, dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri; dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagai mana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.

(Al-Isra':4-7)



Hukuman 1: Bala tentera dibawah perintah Nebuchadnezzar dari Babylon (kini Iraq) telah datang menyerang Jerusalem pada 587 sebelum Masihi. Bangsa Yahudi telah dibunuh, kota mereka telah dihancurkan, tempat beribadat mereka (termasuk Masjid yg telah dibina oleh Nabi Sulaiman A.S) telah dirobohkan. Manakala yg masih hidup telah dibawa pulang ke Babylon utk dijadikan hamba-hamba abdi.



Hukuman 2: Bala tentera Rom dibawah perintah General Titus telah sekali lagi menghancurkan kota Jerusalem pada 70 selepas Masihi. Kehancuran kali ini lebih dahsyat dan parah berbanding yg sebelumnya. Bangsa Yahudi yg masih hidup telah diusir keluar sama sekali dari kota Jerusalem.



Sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan maha pengasihani. Allah tidak akan menjatuhkan hukuman kepada hambaNya tanpa sebarang sebab musabab. Begitu jugalah yg telah terjadi kepada kaum Yahudi. Maka setiap hukuman di atas adalah untuk dosa-dosa yg berikut:-



Dosa untuk hukuman 1: Merubah isi kandungan kitab Taurat sesuka hati untuk menghalalkan yang haram. Diantaranya, mereka telah menghalalkan riba' keatas kaum-kaum lain.



Dosa untuk hukuman 2: Membunuh ramai para anbiya'. Diantaranya nabi Zakaria a.s dan nabi Yahya a.s. Mereka juga cuba menyalib nabi Isa a.s.......Wallahualam

credit to anti-israel



sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: