Thursday, January 13, 2011

Keputusan Peperiksaan Muet Malaysia 2011


Mana-mana calon yang ambil peperiksaan Muet (Malaysia University English Test) pada akhir 2010, sudah pun mendapatkan result. Keputusan Muet 2010, telah pun keluar pada hari Khamis yang lalu ( 6 Januari 2010). Yang mana tak berjaya, boleh cuba ambil Muet pada pertengahan 2011 ini. Moga keputusan Muet 2010 kali ini, lebih baik daripada sebelumnya.Moga-moga begitulah kan?
Sebelum ini boleh semak jadul peperiksaan Muet 2011 seperti di bawah ini :
1) Ujian Speaking Muet 2011 (Pertengahan Tahun 2011)
  • 4 hingga 6 April 2011
  • 11 hingga 13 April 2011
Ujian Bertulis Muet 2011 (Pertengahan Tahun 2011)
  • 16 April 2011
2) Ujian Speaking Muet 2011 (Akhir Tahun 2011)
  • 11 hingga 13 Oktober 2011
  • 18 hingga 20 Oktober 2011
Ujian Bertulis Muet 2011 ((Akhir Tahun 2011)
  • 19 November 2011
Kalau kata ada sebarang persoalan berkaitan dengan Muet boleh hubungi nombor ini, 03-61369336. Jika anda nak mohon semula peperiksaan Muet 2011 boleh memohon secara melalui website ini, www.mesp.gov.my sebelum 27 Januari 2010 ini.
Untuk mereka yang bercadang mengambil peperiksaan MUET 2011 kami nak kongsikan beberapa tips, yang mana mungkin boleh membantu adik-adik berjaya dalam Muet kali ini.

  • Ketahui silibus – Antara masalah besar mereka yang menghadapi masalah dalam MUET atau peperiksaan-peperiksaan BI yang lain seperti TOEFL atau IELTS ialah menduduki peperiksaan tanpa mengetahui dengan jelas apakah yang akan diuji dalam peperiksaan itu. Pastikan anda mengkaji terlbih dahulu dengan :-
1. Membeli buku-buku rujukan MUET
2. Membeli buku-buku soalan-soalan lepas MUET
3. Mencuba peperiksaan percubaan MUET jika ada
4. Kemudian datanglah kelas Muet, ada yang dah bayar kelas Muet pun tak nak datang. Ada yang tahu dirinya tak bersedia, tapi rasa rugi nak bayar yuran kelas muet. Macammanatu?
  • Tak perlu gopoh – Jangan gopoh untuk mengambil peperiksaan MUET anda. Kalau boleh, biarlah anda cuma perlu ambil MUET anda itu sekali sahaja dan anda dapat Band yang anda perlukan. Pastikan yang anda sudah bersedia dan barulah anda daftar untuk MUET anda itu. Janganlah setakat ambil peperiksaan Muet untuk hanya dapatkan Band 1 sahaja semata-mata untuk melayakkan masuk ke IPTA sekarang ini. Lakukan yang terbaik.
Ada empat komponen dalam MUET iaitu Listening  dengan markah penuh 45, Speaking dengan markah penuh 45; Reading dengan markah penuh 120  dan  Writing dengan markah penuh 90. Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah. Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band di mana Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.
Yang mana keputusan baik semasa pengajian sangat sayang jikalau hanya mendapat keputusan Muet 2011 nanti cukup-cukup makan sahaja. Masalah akan timbul apabila anda cuba untuk memohon jawatan daripada  Multinational Company (MNC) ataupun Public Listed company. Dunia sekarang ini bukan sahaja bincang kepada keupayaan seseorang dalam Bahasa Inggeris semata tetapi kebanyakan sudah mula mengorak langkah cuba belajar dan menguasai bahasa ketiga dan keempat untuk memantapkan karier.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: