Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

(gambar) Perodua Myvi 2011 terbaru di pasaran..

Perodua Myvi 2011 bakal menemui peminat-peminatnya pada bulan Julai atau September nanti... Kini, pihak perodua sedang menjalankan ujian jalanraya keatas kereta itu...

Perodua bakal melancarkan kereta ini dengan enjin berkapasiti 1.5 liter serta tampil dengan gaya, reka bentuk dan perincian yang lebih profesional...



so, macam mana? berminat? tunggu pelancarannya nanti okeh? kredit gambar to beritasemasa..

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 22, 2011

spesifikasi proton inspira


Proton Inspira datang dengan 2 model. Model  4B10 adalah untuk 1.8liter (1798cc) bertransmisi manual  5 gear. Ianya akan dijual dengan harga sekitar RM79xxx. Model keduanya adalah 4b11 untuk enjin 2.0Liter (1998cc) bertransmisi 6 gear. Ianay akan di jual dengan harga sekitar RM95xxx. Dibawah adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua model ini. Sumber dari Selangor2u.com.

4B10
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 1.8L (1798 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 77.4 mm
Nisbah mampatan : 10.5:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 105 kW (143 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 177 Nm (130 ftlbf) pada 4250 rpm
Harga cadangan : RM 79,xxx.xx


4B11
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 2.0 L (1998 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 86 mm
Nisbah mampatan 10:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 108-114 kW (147-155 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 198 Nm (146 ftlbf) pada 4250 rpm
Harga Cadangan : RM 95,xxx.xx


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, January 20, 2011

2010 catat rekod jualan kereta tertinggi


PETALING JAYA – Jualan kenderaan mencecah paras tertinggi dalam sejarah dengan sejumlah 605,156 unit, meningkat 12.7 peratus atau 68,251 unit tahun lepas berbanding 536,905 unit pada 2009.
Ini bermakna sebanyak 1,658 unit kenderaan telah dijual pada setiap hari sepanjang tahun lepas.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad (gambar) berkata, jumlah keluaran industri (TIV) 2010 juga melepasi rekod 552,316 unit yang dicatatkan pada 2005.
Daripada jumlah itu, kenderaan penumpang menyumbang sebanyak 543,594 unit manakala kenderaan komersial pula berjumlah 61,562 unit berbanding sebanyak 486,342 unit dan 50,563 unit yang masing-masing dijual pada 2009.
“Prestasi tertinggi itu adalah hasil pelan dan program berani kerajaan tahun lepas seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menyumbang kepada keyakinan pengguna,” katanya.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, January 17, 2011

Kerjasama Proton Dan Cusco Jepun


Proton dan Cusco buat satu kerjasama bagi mengeluarkan Proton Satria Neo Rali yang akan dijual di pasaran domestik Jepun. Kereta rali Proton Satria Neo Grup N dibangunkan dan bakal dijual oleh Cusco khusus untuk pelumba Kejohanan Rali Junior di Jepun dan Asia Pasifik.
Proton Satria Neo Grup N dibina berdasarkan kereta jalanan standard biasa yang boleh dibeli dari bilik pameran dan kemudian dihomologasi mengikut spesifikasi FIA untuk kegunaan pertandingan. Proton Satria Neo ini dipasang barangan prestasi Cusco, syarikat penalaan terkenal dunia.


baca sepenuhnya..
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

perodua, proton ayuh bangkit


Kalau di luar negara, setiap tahun pasti akan ada sekurang-kurangnya satu model baru yang dilancarkan di sana. Malaysia? 5 tahun sekali baru keluar yang lain, itu pun tak habis-habis rebadge, rebadge dan rebadge. Ingatkan sebelum ini sudah bebas daripada pengaruh Mitsubishi, dan mampu buat model sendiri, tup-tup Proton Inspira sebiji dilancarkan seperti Lancer walhal Lancer sudah ada di pasaran Malaysia.
Yang Perodua pula, celop model daripada Toyota/Daihatsu. Walaubagaimanapun, nampaknya Proton kena buat sesuatu, takkan tak terasa tercabar? Mereka masih belum mampu menandingi Perodua. Subsidi sudah diberikan, masa sudah diberikan dan tongkat terus diberikan masih tak menampakkan hasilnya. Lima tahun tu Perodua menyandang gelaran syarikat kereta terbaik di Malaysia.
  • Jualan meningkat 13 peratus dan rekod jualan 188,600 unit tahun 2010 berbanding 166,700 unit yang dijual pada 2009
  • Model Perodua Myvi adalah model jualan terlaris di Malaysia dengan 77,700 unit dijual, Perodua ALZA kenderaan pelbagai guna paling laris dengan jualan 42,000 unit dan Perodua Viva mencatatkan jualan 69,000 unit
  • Menyandang anugerah jenama terbaik pada anugerah tahunan The BrandLaureate-SMEs Chapter awards 2010.
Senang sahaja Proton nak cantas / potong kedudukan Perodua sekarang ini :
  • buat model yang boleh jual lebih murah daripada Perodua
  • jaga kualiti, sekurang-kurang setanding dengan Perodua
Tetapi nampak memang ada peningkatan dan penambaikan berbanding Proton yang dahulu. Tetapi rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati, masa sudah diberikan terlalu lama. Walaubagaimanapun, usaha-usaha pembaikan tetap disokong. Yela…..busuk-busuk kereta nasional pun bukan kereta siapa lagi. Kereta nasional kita juga bukan? Marah-marah rakyat Malaysia tidak lain tidak bukan, mashu melihat kereta nasional jauh lebih baik daripada yang ada sekarang.
Walauapapun mereka-mereka ini memang masyuk. Bonus paling minimum 6 bulan yang diperolehi. Kebanyakannya mendapat 6.5 sehingga 7 bulan bonus. Tetapi dikhabarkan yang bos besar mereka sudah maklumkan awal-awal lagi yang mana,besar kemungkinan bonus tertinggi yang dinikmati tahun lepas adalah yang terakhir. Ini kerana mulai tahun ini masa depan Perodua dan Proton akan jadi tak menentu. Itu sebab kedengaran cadangan utnuk menggabungkan mereka berdua antara Perodua dengan Proton.
Dengan pelaksanaan AFTA yang sepenuhnya bermula tahun 2015 nanti, Proton dan dan Perodua mesti “lebih kuat” keranan mereka akan menerima saingan sengit daripada Naza, Hicom yang bukan syarikat automatif nasional tetapi mendapat perlepasan cukai sama seperti kereta nasional. Harap-harap kakitangan Perodua beringat-ingatlah ketika mewah. Sediakan payung sebelum hujan.
Kepada Proton, anda memang kena buat sesuatu. Sebagai contohnya, Proton ada 1700 vendor supplier. Seat vendor lain, speedometer vendor lain, radiator vendor lain, carpet vendor lain, bumper vendor lain. Bukan orang lain cakap jurutera Proton di tanjung Malim sendiri yang mengakuinya. Tepuk dahi kami mendengarnya. Dengar khbarnya CEO Proton dah merancang untuk mengurangkan pembekal. via beritasemasa

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

(Gambar) Kereta Presiden Amerika, Barack Obama



fuyoo! ni lah kereta yang diguna oleh presiden amerika syarikat a.k.a US gitu, barack obama.. aku dengar soseh-soseh beliau dikatakan tak pernah guna kereta negara tuan rumah semasa lawatan ke luar negara..class gitu.. hehe.. malah, sanggup angkut guna kapal kargo US air force.. 

kereta ni sampai ke negara lawatan beliau tu dalam seminggu sebelum beliau sampai.. model kereta ni adalah dari spesis “Cadillac One”..  memang kuat lah semangat patriotisme dalam diri tu..hehe.. 
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Friday, January 14, 2011

jangan beli porsche nanti kena kecam

kereta ni ke yang kena kecam tu? ilek r, ko pun ada kan?hehe..

PRESIDEN FILIPINA BELI PORSCHE KENA KECAM

MANILA: Pengakuan Presiden Benigno Aquino semalam bahawa beliau membeli sebuah kereta sport mewah Porsche terpakai mengundang kecaman daripada pelbagai pihak di negara yang sepertiga penduduknya berpendapatan kurang RM3.00 sehari.
“Beliau berkempen menentang kereta mewah dan kini beliau membeli sebuah Porsche.


“Ada kemungkinan ia dilihat sebagai tanda perbelanjaan melampau dan pembaziran ketika sebahagian rakyat hidup dalam kemiskinan,” kata Setiausaha Agung Pakatan Bebas Daripada Hutang, Milo Tanchuling.

Media tempatan memetik arahan Benigno baru-baru ini yang mengharamkan agensi kerajaan membeli kereta mewah untuk digunakan sebagai kenderaan perkhidmatan.


Benigno, 50, yang masih bujang semalam berkata, beliau menjual kereta BMW lamanya dan membuat pinjaman untuk membeli Porsche.



Presiden Filipina itu berkata, kereta barunya itu membolehkan beliau memandu secara selesa untuk melakukan tugasnya.



“Saya gembira kerana perbatuan yang telah dicatatnya kurang daripada 10,000 meter,” kata Benigno mengenai kereta Porsche terpakai yang dibelinya dengan harga 4.5 juta peso (RM316,000) itu.


Jurucakapnya, Edwin Lacierda mempertahahankan tindakan Benigno dengan berkata, kereta itu jauh lebih murah berbanding kereta Porsche baru. - AP

p/s : ala, masuk kubur sorang-sorang gak..:)



sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, January 13, 2011

Model Baru Proton, Perodua 2011 Malaysia


click gambar diatas untuk lebih jelas. anda boleh melihat senarai model baru Proton, Perodua 2011 dan juga lain-lain model yang bakal memasuki pasaran tidak lama lagi. Walaubagaimanapun bukan semua model baru, ada yang hanya facelift sahaja. Senarai model baru 2011 yang akan dilancarkan tidak lama lagi dikeluarkan oleh akhbar The Star berdasarkan spekulasi dan pemerhatian semasa dalam industri automotif.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!