Thursday, January 20, 2011

2010 catat rekod jualan kereta tertinggi


PETALING JAYA – Jualan kenderaan mencecah paras tertinggi dalam sejarah dengan sejumlah 605,156 unit, meningkat 12.7 peratus atau 68,251 unit tahun lepas berbanding 536,905 unit pada 2009.
Ini bermakna sebanyak 1,658 unit kenderaan telah dijual pada setiap hari sepanjang tahun lepas.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad (gambar) berkata, jumlah keluaran industri (TIV) 2010 juga melepasi rekod 552,316 unit yang dicatatkan pada 2005.
Daripada jumlah itu, kenderaan penumpang menyumbang sebanyak 543,594 unit manakala kenderaan komersial pula berjumlah 61,562 unit berbanding sebanyak 486,342 unit dan 50,563 unit yang masing-masing dijual pada 2009.
“Prestasi tertinggi itu adalah hasil pelan dan program berani kerajaan tahun lepas seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menyumbang kepada keyakinan pengguna,” katanya.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: