Scha al-Yahya lebih suka jika ikatan perkahwinannya dengan Awal Ashaari tidak melalui peringkat merisik, meminang dan barulah diakhiri dengan akad nikah kerana baginya ia amat meremehkan atau bahasa senangnya leceh.
"Jika diberi pilihan, itulah jalan yang saya ambil. Namun untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, keputusan yang dicapai mestilah sepakat.
"Jadi, saya akur dengan kehendak keluarga pasangan saya yang menginginkan hubungan cinta kami diikat mengikut adat dan tradisi," cerita Scha kepada Utusan baru-baru ini.
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment