era fazira membuat keputusan bijak dengan tidak mempercayai gosip yang mendakwa suaminya, Engku Emran berlaku curang terhadapnya. Aktres jelita ini lebih suka untuk mendiamkan diri dan menunggu kesahihan gosip itu jika ternyata ianya benar.
"Saya tak nak bertindak tak tentu pasal. Memang saya pernah dengar cerita ini dan selagi tak ada bukti saya tak mahu ambil serius. Bukan apa, pengalaman sudah mengajar saya bahawa cerita seumpama ini boleh direka-cipta.
"Kalau saya percaya terus, ia akan membuatkan hubungan kami bermasalah. Wujud pula pergaduhan dan sebagainya. Jadi yang terbaik ialah tunggu bukti, kalau ada bukti barulah saya akan bertindak," katanya ketika diminta mengulas mengenai khabar angin suaminya yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja.
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment