Satu ketika dulu, pemilik nama Khalidah Adibah Ahmad atau kini dikenali sebagai Aida Khalida cukup terkenal dengan imej seksi serta menggoda. Namun, itu semua kisah lama. Pada tahun 2008, aktres yang cukup popular sekitar era 90-an ini tampil ayu dan menawan dengan imej berhijab.
Sejak tampil dengan imej baru, wanita berusia 53 tahun ini telah menyimpan niat untuk berkongsi penghijrahannya dengan muslimah yang lain. Akhirnya, impian dramatis ini tercapai jua pada tahun ini.
Aida yang pernah dikenali dengan nama Aida Rahim dan Aida Radzwill ini, kini melebarkan sayapnya ke bidang perniagaan pula dengan melancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu ‘Aida Khalida’.
“Saya gemarkan kecantikan dan fesyen. Saya bersyukur yang tak terhingga kerana Allah telah membuka jalan bagi saya untuk tampil dengan jenama tudung sendiri. Memang impian saya untuk memiliki jenama tudung sendiri dan tidak sangka ia akan menjadi kenyataan. Saya rasa sangat terharu dan emosional,”ujar Aida sambil menahan sebak.
Menurut Aida, dengan adanya jenama tudung baru ini, sedikit sebanyak dapat membantu beliau untuk berdakwah dengan peminat-peminatnya.
“Sebenarnya dari awal lagi saya ingin memberikan sesuatu kepada peminat-peminat saya. Saya ingat nak berdakwah melalui lakonan saja, tapi sekarang, bila dah ada jenama tudung sendiri, saya ingin berkongsi kepada semua wanita tentang kecantikan dan keindahan berhijab.
“Selain itu, dengan adanya jenama ini, mereka bukan saja mampu membelinya, malah boleh berniaga bersama saya dengan menjadi pengedar jenama tudung ini. Secara tak langsung, dalam usaha saya berdakwah serta menggalakkan lebih ramai muslimah bertudung, saya juga dapat bantu mereka untuk berniaga,”ujar Aida yang berkolaborasi dengan Galeri Muslimah Sdn Bhd untuk jenama tudungnya ini.
“Saya selalu menerima soalan dari wanita di luar sana, bagaimana untuk mendapatkan tudung yang berfesyen. Dari situ, terdetik untuk saya ada jenama tudung sendiri. Tahun lepas, saya telah berjumpa dengan pemilik Galeri Muslimah iaitu Encik Johari dan isterinya Puan Nora bagi menjalinkan urusan dengan mereka.
“Akhirnya, kolaborasi ini berjalan dengan lancar dan maka terhasillah jenama ‘Aida Khalida’. Terima kasih kepada mereka kerana sudi bekerjasama dalam usaha saya mencapai hajat dan impian saya,”kata Aida yang masih belum terfikir untuk membuka butik sendiri.
“Buat masa ini, saya belum lagi bercadang untuk membuka butik sendiri kerana ia akan menanggung kos yang tinggi. Mungkin jika sambutan menggalakkan, saya akan mempertimbangkannya.”
Galeri Muslimah merupakan sebuah ‘design house’ yang banyak membuat ‘rebranding’ pada butik-butik terkenal. Galeri Muslimah juga mempunyai kilang tudung mereka sendiri yang mempunyai kapasiti mengeluarkan tudung berkualiti.
Selain itu, syarikat ini juga akan bertindak sebagai Hub pengeluaran tudung ‘Aida Khalida’ serta mengendalikan promosi dan strategi pemasaran jenama ini. Kepada mereka yang berminat untuk membeli atau menjadi pengedar untuk jenama tudung ‘Aida Khalida’, bolehlah menghubungi di talian 013-6989634, 012-3834223 dan 03-77254534.
Anda juga boleh mengunjungi terus ke Galeri Muslimah Sdn Bhd di alamat A-1-6 Block A, Neo Damansara PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor. credit berita gua
wah.. semakin ramai artis bergiat aktif dalam perniagaan. hari tu yuna yang lancar perfumes jenama sendiri. lepas ni siapa pulak agaknya yer?
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment