Tuesday, January 25, 2011

tiz zaqyah dan remy ishak selalu bersama


KL 25 JAN 2011: Rasanya tentu ramai pembaca dah membaca pengakuan aktres popular Tiz Zaqyah yang menafikan dirinya tinggal serumah dengan aktor Remy Ishak. Jelas Tiz, semua itu hanyalah fitnah waima berita itu adalah satu fitnah yang nyata.

Mungkin peminat kedua-dua artis tersebut gembira tak terkata mendengar pengakuan Tiz itu. Maklumlah ramai yang menyokong kedua-duanya dan berharap agar semua cerita itu hanyalah palsu. Namun dalam penafian tersebut, informer Murai Batu baru sahaja menyampaikan berita bahawa kelibat mereka berdua dilihat bersama-sama shopping di Ikea, minggu lalu.

Bukan informer Murai Batu sahaja yang nampak, bahkan ramai lagi orang yang menyedari pasangan romantik tersebut sibuk membeli belah di sana. Baru sahaja Tiz membuat penafian alih-alih mereka berdua pergi membeli belah bersama-sama, jadi jelas informer Murai Batu, ia secara tak langsung membuatkan orang ramai yakin mereka berdua memang tinggal sekali.

Murai Batu tak mahulah bersangka buruk tapi apa pun terpulanglah pada orang ramai untuk membuat andaian sendiri. Bagi Murai Batu mungkin mereka hanya pergi membeli belah sama, dan tak semestinya mereka tinggal sekali. Mungkin juga mereka dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dan dalam persediaan untuk melengkapkan rumah impian mereka. Hanya mereka berdua sahaja yang tahukan.

Tapi Murai Batu harap baik Tiz mahupun Remy, memandangkan perbuatan anda berdua menjadi perhatian, jadi selepas ini apa kata lebih baik berhati-hati demi kebaikan sendiri.


credit berita to muraibatu

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: