Thursday, January 27, 2011

rakyat AS tertekan

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam ucapan negaranya kelmarin memberitahu rakyat AS bahawa peraturan ekonomi dunia telah berubah dan AS memerlukan lonjakan inovasi untuk kekal kompetitif ekoran peningkatan ekonomi India dan China.
Dalam penilaian beliau mengenai realiti ekonomi dunia masa kini, Obama berkata, ramai warga AS masih belum dapat melupakan hari-hari sebelum globalisasi berlaku yang mana pekerjaan mereka terjamin dengan gaji yang mencukupi selain memperoleh faedah-faedah lain.
"Dunia kini berubah dan bagi kebanyakan orang, perubahan tersebut menyakitkan," kata Obama dalam ucapan yang disiarkan oleh White House.
"Peraturan ekonomi dunia juga berubah. Dalam satu generasi, revolusi teknologi mengubah cara kita menjalani kehidupan, bekerja dan menjalankan perniagaan," tambahnya di Capitol Hill, di sini.
Menurut Obama, AS berdepan dengan kuasa-kuasa ekonomi baru seperti China dan India yang kini amat kompetitif.
Namun tambahnya, rakyat AS tidak boleh berputus asa kerana negara berkenaan masih memiliki ekonomi yang paling makmur di seluruh dunia.
"Ya, dunia sudah berubah. Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan adalah satu realiti. Namun, keadaan ini tidak sepatutnya membuatkan kita kecewa. Sebaliknya, Ia adalah satu cabaran buat kita," ujarnya.
Pada masa yang sama, Obama mahu Kongres AS bertindak segera untuk meluluskan perjanjian perdagangan bebas dengan Korea Selatan tetapi beliau menolak desakan supaya tarikh akhir ditetapkan untuk perjanjian serupa dengan Colombia dan Panama.
Kata Obama, perjanjian perdagangan bebas dengan Korea Selatan, tanpa diduga, menerima sokongan padu daripada parti Demokrat pimpinannya dan parti Republikan yang menjadi pembangkang selain golongan peniaga serta pekerja.
"Justeru, saya meminta Kongres meluluskan perjanjian tersebut dengan seberapa segera," kata Obama dalam ucapan tahunan beliau kepada para anggota Kongres.
Bagaimanapun, Obama yang meramalkan perjanjian perdagangan dengan Korea Selatan akan membuka 70,000 peluang pekerjaan baru di AS, memberitahu, beliau hanya akan menyokong perjanjian yang tidak merugikan pekerja AS selain berupaya membuka peluang pekerjaan baru di negara itu.
"Itulah apa yang kita lakukan dengan Korea Selatan, dan perkara serupa menjadi matlamat dalam perjanjian perdagangan dengan Panama dan Colombia, di samping rundingan perdagangan di rantau Asia Pasifik serta global," jelasnya.
Menyentuh mengenai politik, Obama kelmarin menggesa supaya Korea Utara melupakan cita-cita untuk membina senjata nuklear.
Beliau kemudian memuji tekanan antarabangsa ke atas Iran berhubung program nuklear negara itu.
"Mengenai Semenanjung Korea, kita berdiri teguh di belakang sekutu kita, Korea Selatan dan menegaskan kepada Korea Utara supaya melaksanakan komitmennya untuk meninggalkan senjata nuklear," kata Obama.
Tentang Iran pula, Obama memberitahu. "Ekoran tekanan diplomatik supaya Iran melaksanakan obligasinya, pemerintah Iran kini berdepan dengan sekatan-sekatan yang lebih ketat dan sukar berbanding masa lalu.,"
Korea Utara, yang telah melakukan dua ujian bom nuklear, membedil kawasan awam di pulau Yeonpeong, Korea Selatan pada tahun lalu.
Tindakan tersebut menyebabkan ketegangan di semenanjung berkenaan memuncak.
AS dan sekutu-sekutunya di Eropah telah mengetuai usaha bagi mengetatkan sekatan ke atas Iran berhubung program nuklear negara itu.
Iran telah berulang kali menyatakan, program nuklearnya untuk tujuan keamanan tetapi Barat mengesyaki negara tersebut mahu membina senjata nuklear.
- AFP
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: