Showing posts with label watie elite. Show all posts
Showing posts with label watie elite. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Joey ceraikan isteri kerana ada pasang perempuan lain!

Penyanyi dan pelakon yang terkenal Joey, mengaku yang dirinya ada menjalinkan hubungan sulit dengan Norwatie Sadali atau lebih dikenali, Watie Elite. Isu ini telah diberitahu isteri Joey, Noraini Mohamad Nasir sendiri, kepada pihak Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, semalam selepas menjawab soalan peguam syarienya, Amli Embong. Noraini berkata, pada penghujung Mei 2010, Joey telah mengaku akan hal itu kepadanya dan keluar dari rumah mereka sebelum pulang semula pada 4 Jun 2010.


Pada 4 Jun 2010, Joey telah menghubunginya dan mahu berjumpa untuk berbincang. Ketika itu, dia telah ditemani seorang rakan yang dikenali sebagai Ah Chong. Sewaktu perbincangan itu diadakan di luar rumah, Joey telah melafazkan talak.


"Bagaimanapun saya tidak mendengarnya kerana ketika itu saya telah pun lari masuk ke rumah. Ah Chong kemudian menghubungi saya memberitahu bahawa Joey telah melafazkan talak terhadap saya. Tapi, bila saya cuba hubungi Joey untuk mendapatkan penjelasan, dia gagal dihubungi," katanya.


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, February 10, 2011

Watie Elite hidap penyakit strok?

Haritu, wartawan Utusan ada terjah watie dalam satu sesi fotografi. Watie dikatakan buat-buat mengelak, kerana tak mahu bertemu dengan media selepas tersebarnya berita seorang anak remaja, Angel Lina yang mendakwa dirinya anak kandung Watie.

“Dia sakit sebab terlalu banyak tekanan. Mata belah kiri dia ada bekas herot. Dan separuh badan selalu kebas-kebas. Doktor cakap dia hampir kena strok,” kata wartawan berkenaan.
Watie kini sedang menjalani rawatan perubatan akupunktur untuk mengelakkan rasa kebas itu. Sakitnya tak terkata, nak-nak bila menyerang bahagian sendi terutama di kepala, tangan dan kaki. 
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!