Showing posts with label nadia mustafar. Show all posts
Showing posts with label nadia mustafar. Show all posts

Tuesday, March 08, 2011

Nadia Mustafar bakal muflis!

Lisdawati kini sudah mampu menarik nafas lega apabila diberitahu oleh pihak peguamnya pada 12 Disember yang lalu bahawa dia telah berjaya memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia Mustafa atas dakwaan kononnya dia telah meminjam serta melarikan wang berjumlah RM15, 000 daripada aktres tersebut (tambah mengaibkan lagi, Nadia juga telah menyebarkan cerita Lis sebagai seorang perempuan yang murah sehingga sanggup melacurkan diri untuk mendapatkan tawaran berlakon.).

Sehubungan daripada itu, Nadia telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar wang berjumlah RM 250, 000, bersama kadar faedah 8% setahun serta kos tindakan berjumlah RM2,354. Lisdawati berharap sangat agar Nadia dapat memberikan respon dengan segera terhadap kes itu. Jika, Nadia terus mendiamkan diri, Nadia boleh diisytiharkan muflis.



"Jika mengikut tempoh, Nadia boleh diumumkan muflis jika dia tidak mengikut apa yang ditulis dalam surat penghakiman ini. Namun, Lis bukanlah seorang yang kejam. Lis minta tempoh agar diberikan masa untuk Nadia menyelesaikannya. Jadi, Lis berharap agar Nadia datang berjumpa peguam Lis untuk berbincang. Untuk berbincang dengan Lis memang sudah terlambat." -kata Lisdawati dalam portal Murai

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, February 10, 2011

Nadia Mustafar lahirkan anak ke-2

Nadia Mustafar, pelakon yang tak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.2 kilogram pada pukul 11.41 pagi, Ahad lalu di Hospital Pantai, Cheras, Kuala Lumpur. Nadia telah menamakan Qaiem Quzey Izham anak ke-2 nya ini. 

Sedap namanya. Selain itu, Nadia juga merancang untuk menambah anak selepas satu atau dua tahun lagi kerana impian dia dan suaminya, Hazil Izham Ismail untuk memperoleh empat orang anak katanya kepada mStar baru-baru ini.


Selain dua anaknya itu, Nadia juga turut mempunyai seorang lagi anak angkat bernama Mia Qaisara Hazil Izham. Admin ucapkan tahniah atas rezeki kelahiran anak ke-2 nya itu.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!