Showing posts with label datuk siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label datuk siti nurhaliza. Show all posts
Tuesday, March 15, 2011
(gambar) perkahwinan adik Datuk Siti Nurhaliza
sini ada abe celoteh sertakan beberapa keping gambar perkahwinan Muhammad Ali, 30... semoga kekal hingga ke anak cucu ..ok! lepas ni, abe celoteh akan update lagi pasal ni k..
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
Saturday, March 05, 2011
Datuk Siti Nurhaliza Rakam Album Inggeris
"Sebenarnya plan untuk merakamkan album inggeris ini sudah lama, tapi ia tertangguh. Tapi kini selepas ulang tahun saya yang lalu, saya membuat keputusan untuk merakamkan album ini secara serius. Setakat ini saya sudah merakamkan enam buah lagu, dan mungkin empat lagi akan dilakukan dalam masa terdekat ini.
"Saya mendapat kerjasama daripada komposer Australia, Brian Bruno dan Christian Alexander. Sebenarnya album ini lebih kepada projek khas saya antara SNP dan Wassup Entertainment (milik adib, anak Datuk Khalid). Untuk permulaan, album ini akan di pasarkan di Malaysia terlebih dahulu, dan saya berharap ia juga boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa.
"Tak dinafikan, memang agak sukar untuk merakamkan album ini, lebih-lebih lagi mereka mahu kita menyanyi dalam 'slang' mereka, tapi Alhamdulillah, setakat enam buah lagu yang dirakamkan, saya berjaya melaksanakannya," jelas Siti. Dipetik di halaman ManggaOnline.
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
Saturday, February 19, 2011
Alhamdulillah! masjid al-khalidiah terbina juga akhirnya
alhamdulillah admin ucapkan kerana ada juga orang yang prihatin dengan kebajikan sosial ni. Di kesempatan ini juga, admin nak ucapkan terima kasih kepada Datuk K dan Datuk Siti kerana bermurah hati mendirikan sebuah masjid di Kg. Permatang Pasir ini.
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
kalau tak salah, ini adalah salah satu impian datuk siti selama ini. semoga jasa mereka diredhaiNya. selamat beramal. InsyaAllah.. segala amal ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t
Saturday, January 29, 2011
Datuk Siti Nurhaliza dicadang jadi duta
BANDUNG - Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadangkala 'panas', diva dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara.
Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.
Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.
Seminar sehari yang dianjurkan oleh Iswami itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.
Saiful Hadi yang juga Ketua Pengarang, Agensi Berita Indonesia (Antara) berkata, beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan berkesan untuk 'mendinginkan suasana' ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.
"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan.
Monday, January 24, 2011
pembaca berita tv3, Azwaliza Azman nikah
Pembaca berita tv3 Azwaliza Azman,30 atau lebih dikenali dengan panggilan wawa, telah menamatkan zaman solonya apabila selamat diijab kabul dengan pasangan tersayang, Kadir Rashid, 32 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.30 petang pada 22 Januari 2011 yang lalu.
Azwaliza Azman menerima sembilan dulang hataran dari pihak lelaki berbalas 11 daripada pihaknya dan menerima mas kahwin RM20,000 serta wang hantaran RM 50,000.
Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datu Farid Ridzuan dan artis tersohor tanah air, Siti Nurhaliza Taruddin bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa
Friday, January 21, 2011
koleksi kasut datuk siti nurhaliza
click gambar diatas untuk usha dengan lebih jelas manik-manik yang melekat pada kasut-kasut datuk siti ni, ori ke tak?hehe:) gurau je datuk tak pasal-pasal naik makhamah pasni.. sebelum ini, kita jarang dapat lihat sepatu artis dan selebriti yang selama ini diorang bertenggek pakai, tapi kini tak lagi.. inilah sepatu yang pernah dipakai oleh beliau semasa buat show dan kerja-kerja amal yang lain..:p kalau diberi untuk membida, sape yang nak start dulu?hehe..
Thursday, January 20, 2011
datuk siti temu bual dr mahathir
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 86, baru-baru ini ditemu bual penyanyi yang tidak asing lagi, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, 31, dalam rakaman program bual bicara yang berjudul Siti, di studio Filem Negara Malaysia, hari Rabu. Rancangan temu bual ini akan disiarkan bermula 12 Februari 2011 menerusi Astro Ria, pukul 9 malam selama sejam. program Ia terbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd. semoga program seperti ini dapat memberi input-input yang berguna kepada generasi muda masa kini.
Sunday, January 16, 2011
Open House SimplySiti Siti Nurhaliza
fuh!.. datuk siti nurhaliza memang cute orangnya..hehe:) gambar masa open house simplysiti..
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
Thursday, January 13, 2011
Siti Nurhaliza: Ana Raffali Berhak Menang!
KUALA LUMPUR , 12 JAN 2011: Kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya penyanyi muda, Ana Raffali di Anugerah Juara Lagu ke- 25 (AJL 25) telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Rata-rata peminat muzik tempatan tidak dapat menerima kemenangan tersebut serta meluahkan dengan pelbagai cara mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap Ana. Baik di Facebook, mahupun blog bermacam-macam kritikan dan kutukan dilemparkan terhadap juara edisi jubli perak itu.
Namun bagi bekas juri dan pemenang, AJL sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza, mengakui Ana mempunyai keistimewaan tersendiri dan layak untuk merangkul kemenangan tersebut.
"Ana ada keistimewaan sendiri yang mungkin semua orang terlepas pandang. Bagi saya, dia memang layak untuk menang dan lagunya juga mempunyai kekuatan dari segi lirik dan melodinya.
"Juri lebih mengerti dengan pemilihan itu, kerana mereka ada cara penilaian tersendiri,' katanya mengulas mengenai kemenangan Juara AJL 25 itu yang mendapat tentangan yang begitu hebat daripada peminat muzik tempatan.
Menyambung bicara, jelas penghibur yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang-32 pada hari semalam , sewajarnya keputusan itu dipandang secara positif oleh semua pihak.
"Kita semua kena faham fokus juri tak sama dengan orang lain. Mereka melihat lagu menerusi beberapa aspek bukan pada populariti sahaja. Saya rasa semua pihak perlu memandang perkara ini secara positif dan ia secara tidak langsung akan membantu pembangunan industri muzik tempatan," tegasnya lagi.
sumber : murai
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
sumber : murai
Subscribe to:
Posts (Atom)















