KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menolak saman fitnah RM2 juta yang difailkan Jazimin Abdul Jalil (gambar), bapa Nurin Jazlin yang dibunuh kejam tiga tahun lalu, terhadap polis dan kerajaan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad dalam keputusannya mengenepikan saman Jazimin dengan kos terhadap bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan.
Asmabi dalam penghakimannya berkata, sebagai ketua polis, Khalid mempunyai tanggungjawab moral untuk memaklumkan kepada masyarakat berhubung perkembangan siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin kerana ia kes bunuh profil tinggi.
Menurutnya, selepas mendengar keterangan saksi, beliau berpuas hati bahawa Khalid tidak mengeluarkan pernyataan fitnah seperti didakwa Jazimin dalam samannya.
“Pemberita akhbar Kosmo (saksi defendan) mengakui perkataan dalam artikelnya bukan kata asal Khalid sebaliknya menulis berita itu berdasarkan pemahaman daripada apa yang diucapkan.
“Manakala pemberita New Straits Times dan Oriental Daily berkata, mereka tidak mendengar Khalid ada menyatakan seperti dilaporkan akhbar itu cuma ada pemberita lain yang bertanyakan soalan itu. Plaintif menamakan pihak yang salah dalam samannya, sepatutnya dia menyaman Kosmo dan pemberitanya. Oleh itu saman ini ditolak dengan kos,” katanya.
Pada 21 Ogos 2008, Jazimin memfailkan saman terhadap tiga pihak itu dengan mendakwa mereka mengeluarkan kenyataan kehilangan anaknya mempunyai kaitan dengan peminjam wang haram along.
Jazimin mendakwa kenyataan Khalid dalam sidang media pada 20 September 2007 disiarkan akhbar melalui artikel bertajuk ‘Siasat Ah Long Larikan Nurin’ mencemarkan nama baik dan reputasinya dan bermaksud dia meminjam wang dengan peminjam wang haram serta membahayakan nyawa keluarganya. credit berita hmetro
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment