LAGU InshaAllah nyata memberi impak besar buat Maher Zain di negara ini. Malah, hanya dua kali kunjungan penyanyi kelahiran Lubnan itu ke sini, Maher sudah berpeluang menjayakan Maher Zain Live In Concert 2011 pada 25 dan 26 Februari ini, jam 8.30 malam.
Bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, konsert ini berlangsung selama dua jam. Tidak keseorangan beraksi di pentas itu, Maher turut mengundang tiga bintang nasyid terkenal, Iffan Makki dari Kanada, Mesut Kurtis (Macedonia) dan Inteam (Malaysia).
Berjanji akan menampilkan persembahan terbaik untuk peminat tempatan yang menyokongnya selama ini, Maher juga buat julung kali akan mendendangkan lagu InshaAllah dalam versi bahasa Melayu. Sudah pasti peminat teruja untuk mendengarnya.
Inteam Records Sdn Bhd yang berusaha membawa Maher ke negara ini untuk konsert itu, turut menjadi pengedar album baru istimewa Maher Zain - Thank You Allah Platinum Edition yang memuatkan 16 lagu. Album ini dijangka berada di pasaran tidak lama lagi.

Anggota Inteam, Mohd Shahril Abd Khalid berkata, Maher merakamkan lagu InshaAllah versi bahasa Melayu itu di studio Inteam Records pada Disember tahun lalu. Katanya Maher, seorang yang cepat belajar bahasa dan rakaman lagu itu disiapkan satu malam saja.
“Lirik dalam bahasa Melayu lagu InshaAllah ini ditulis Frizdan Fizarahman. Saya yakin peminat Maher tertunggu-tunggu untuk mendengar lagu InshaAllah versi bahasa Melayu itu. Sebagai lagu bonus, ia turut dimuatkan dalam album Maher Zain: Thank You Allah Platinum Edition.
“Selain InshaAllah, lagu Thank You Allah turut dirakamkan secara akustik dan Ya Nabi Salam Alayka dirakam dalam bahasa Arab. Diterbitkan syarikat Awakening Records, cetakan pertama album ini di pasaran tempatan nanti sekitar 5,000 unit. Saya harap album ini mendapat sambutan,” katanya.
Ditanya mengenai penjualan tiket konsert itu, Mohd Shahril berkata, setakat ini kira-kira 50 peratus tiket sudah dijual. Malah, kebanyakan tiket yang masih ada kini berharga RM297, RM253 dan RM203. Apapun, saya yakin tiket ini dapat dijual menerusi promosi iklan.
“Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket konsert ini boleh memperolehnya secara online dengan melayari laman web http://www.tickethotline.com.my/. Tiket korporat pula diuruskan Inteam Records. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 03 6273 6393.
“Tidak ketinggalan, kiriman e-mel di inteamrecords@gmail.com juga diterima. Bukan itu saja, bagi menyemarakkan acara konsert, lebih dulu diadakan Karnival Maher Zain Live in Concert [ Official ]] di pekarangan Stadium Malawati dari 24 Februari hingga 27 Februari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
“Pelbagai acara menarik disediakan dan antaranya seperti pertandingan menyanyikan lagu Maher Zain, persembahan nasyid, pertandingan menyanyikan lagu nasyid serta gerai jualan dan pameran. Maklumat lanjut mengenai karnival boleh hubungi Nasyeed.Com di talian 03 5512 1352.
“Atau, maklumat juga boleh didapati di laman web http://karnivalmaherzain.nasyeed.com/. Selaku penganjur, saya mewakili anggota Inteam lain sangat mengharapkan sokongan orang ramai. Semoga konsert ini berjalan lancar,” katanya memaklumkan Maher tiba di negara ini pada 21 Februari.
Hadir pada sidang media sempena penganjuran konsertnya Disember lalu, Maher yang ditemui media mengakui Malaysia kini adalah ‘rumah keduanya’ dan mahu kerap berkunjung ke negara ini. Maher juga berkata, dia selesa dengan masyarakat di sini yang disifatkan mesra.
“Justeru, bagi menghargai peminat yang banyak menyokong selama ini, dengan rela hati saya merakamkan lagu InshaAllah versi bahasa Melayu. Sebelum ini, saya sudah merakamkan lagu InshaAllah dalam empat versi bahasa lain seperti Arab, Turki dan Perancis.
“Saya seorang yang suka mempelajari bahasa. Oleh itu, saya tidak pernah ragu atau berasa susah untuk membuat rakaman lagu bahasa lain selepas bahasa Inggeris. Bagi saya, rakaman dalam pelbagai bahasa penting untuk sesebuah lagu itu lebih diterima peminat,” katanya.
Menurut Maher, tidak dinafikan dia ada menghadapi kesukaran. Namun, dia sentiasa yakin Tuhan membantunya jika dia terus berusaha. Katanya merakamkan lagu InshaAllah dalam bahasa Melayu sangat menyeronokkan kerana ramai yang sudi memberikan bimbingan.
Mengakui dia sangat menggemari sate, Maher berkata, dia sentiasa mengharapkan kunjungannya di negara ini akan berpanjangan.
Katanya, dia berharap terus mendapat kerjasama yang baik. Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Maher enggan berkongsi kisah peribadinya kecuali karier. credit to hmetro

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment