KAHERAH - Tentera menahan 50 lelaki yang cuba memecah masuk ke dalam Muzium Kebangsaan Mesir dalam cubaan terbaru mencuri khazanah arkeologi milik negara, kata pihak tentera semalam.
Penembak-penembak tepat berkawal di bumbung bangunan itu manakala berpuluh-puluh askar meronda halaman muzium berkenaan ketika tercetusnya kebimbangan huru-hara yang melanda Kaherah akan menyebabkan kemusnahan khazanah berharga Mesir.
Kebimbangan tersebut berlaku berikutan beberapa bantahan paling serius berlaku berhampiran lokasi berkenaan.
Semalam, kira-kira enam suspek pencuri yang ditangkap meniarap di lantai pintu masuk muzium itu dengan muka mereka ditutup dengan selimut.
Pengawal-pengawal ber- kata, mereka ditangkap ketika cuba menceroboh masuk.
Seorang jeneral tentera di muzium berkenaan berkata, askar-askar menangkap kira-kira 35 lelaki cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan muzium kelmarin manakala 15 lagi ditahan semalam. - AP via kosmo
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment