Thursday, December 30, 2010

graduan melayu bila diinterview (part1)


Pengalaman 1
by : shafinah


hMM...Thread ni mmg menarik minat aku untuk membacanya...Tak perlu tutup thread ni kerana banyak tips untuk bumiputera bagaimana menghadapi interview terutama bagi fresh graduate...Meh aku cerita camana aku menghadapinya masa mula2 aku jadi fresh graduate w.pun sebenarnye aku ni di kategori kan fresh graduate tapi alhamdulillah,aku dapat keje walapun pointer cukup2 makan je..

1. Bile datang interview,kene tahu apa position yang kite apply,buat persiapan ape soklan yang dia akan tanye kat kite based on position tu la..jangan lenggang kosong pastu tatau nak jawab pape...

2. Muke mesti confident,w.pun tak reti cakap omputih..tetap confident supaya org konfiden nak amik kite...

3. bagi technical skills,let say la dalam resume ade letak windows server 2003-beginner la..sebab kebnykkan kite tak belaja pun mase kat universiti,surf pasal software tu..at least, bile dia tanye,kite tahu ape yang ade kat software tu w.pun kite tak physically ngadap benda tu.At least kite tau ape benda yang ade kat dalam software tu.jawap dengan konfiden sebab mase aku apply dulupun ape kejadah pun aku tatau tapi bile dah dapat keje..aku akan spent sekurang2 nye 4 jam untuk stadi pasal OS linux dengan windows server ni bile dah dapat keje...

4. Kalau tanye pasal gaji jgn la demand sangat...aku stat dulu gaji 1500..pastu aku ade experience 6 bulan aku cabut cari kampeni lain plak..skang ni ade dalam 2.3k...aku bakal cabut lagik..depends la tengok keadaan...

5.Jujur tu perlu tapi tengok keadaan la...

6. Jangan putus asa kalau tak dapat panggilan intvw.aku pun penah gakk frust sebab fail interview kat intel tapi takpe..Allah lebih mengetahui....

7.Doa banyak2 sembahyang hajat banyak2..kite nak mintak rezeki dari tuhan.Org yang interview tu cume perantara je...Lepas dapat keje jangan lupe tuhan plak....

8. Aku selalu tanamkan sifat"kalau org lain bleh tahu asal lak aku tak bleh tahu".Dari situ banyak yang bleh kite discover..eh rupenya banyak gile aku tak tahu w.pun aku ni graduate... rolleyes.gif

9. Sentiasa mengupdate kan diri.Kite tak bleh stick kat situ je..sebab teknologi berubah2..kene la selalu up to date... excl.gif

Aku harap sedikit sebanyak aku dapat membantu bangsa aku menghadapi interview..semoga korang semua mendapat rezeki dr Allah...Percaya bahawa hanya Allah sahaja yang memberikan rezeki nescaya korang mesti tak takut ngadap muke interviewer tu...



Pengalaman 2
by : localarea
Bagus la cikgu reza ni.. memang kurang ajar tak sedar diri budak2 tu tapi sebagai seorang student aku tak pulak pk mcm tu. Baru je aku rase nikmat jadi seorang pelajar. Memang sangat senang belajar ni. Asalkan duit ada memang cukup bahagia. Boleh lepak2 malam n g kedai mamak. Sepanjang masa boleh berhibur. Hebat!!

Tapi aku tak lama enjoy jadi sorang pelajar ni. Jadi pelajar ni memang best secara ringkasnya kebestan negatif dia boleh digambarkan dalam perenggan pertama aku atas tu. Tapi secara positif pula aku bangga aku tinggal di gedung ilmu. Bukan membeli belah. Banyak menda aku belajar, dari sosial, kognitif, ICT dan lain2 lagi la memang tak habis, best dia terasa apabila setiap hari ada je mende baru aku blajar.

Beberapa bulan lepas aku praktikal 6 bulan. Aku rase kerja ni takde la jijik seperti yg disangka. So, aku apply la di sebuah syarikat animasi yang agak tersohor jugak la. Sebelum ni sebagai org kampung aku banyak belajar kemahiran idup. Moga2 aku boleh bawak diri aku di landasan lurus dibandar. Aku sebelum ni wat kerja kontrak, buat umah batu, pasang cermin, buat perabot, berpanas, angkut barang, kerja lewat malam memang enjoy.

Aku pegi interview di syarikat multinasional tu (bukan tempatan). Aku interview ngan operation manager. dia melayu. Coordinator pun melayu. Manager - filipina , bos - mat saleh. Aku kuatkan jugak semangat aku untuk belajar dalam bidang ni memandangkan sebelum ni ilmu aku hanya animasi sahaja belum diteroka. Yang lain mcm audio, video, grafik, teks, interaktif sume dah beres. Pertama skali diorg suh melukis, aku lukis la, lulus n diterima masuk kerja. Tp aku kene training dulu supaya karya animasi aku nanti sama dengan "12 Animation Principle" yg dibawak oleh disney. xboleh senang pakai principle sendirik.

Aku blajar ngan tutor mat saleh, 2 org memang diorg ni bagus. Setiap seorang lebih dari 50 tahun membuat animation. Apa yang aku paham tentang animation ni ibarat anda seorang ibu yg sedang melahirkan anak. korang tentu penah tengok org beranak kan dlm video2 atau cerita.Begitu la perasaan anda apabila bekerja jadi animator. Cemas, gelisah, sakit ati, menyampah semua ada. Jadi mat saleh 2 org tu suh aku banyak sabar. Memang diorg tau kitorg yg masuk dlm kelas training tu akan melalui masa terburuk. Antara aku ngan budak2 melayu lain ramai melayu yg terpilih, cina sikit je.

Cina ni tak kreatif >> bukan aku cakap ini membe aku cite bos dia (Japanese) penah tegur dia. Dia ckp kalau saya nak cari org yang rajin. Saya boleh gaji bangla n cina. Tapi saya nak yg kreatif dan org melayu adalah kreatif tapi org melayu malas. (bos dia mungkin hanya ckp mcm ni sebab dia benci cina sebab kalah dlm perang cina-jepun dulu atau dia mahukan IP (intelectual Property) untuk syarikat dia ) tp tak kesah la ini boleh wat rujukan.

So kerja la, 60% melayu n 30% cina 5% indon 5% filipina.. aku masuk kerja kul 9, balik tak tentu. total kerja 13 jam sehari. Yg cina kerja 8 jam sehari sebab diorg selalu balik kul 6 - 7 ptg. Yang bangganya otai2 animator semua melayu n dah bertaraf mahadewa. Ada antara diorg dah pernah buat sailormoon, batman (marvel), skunfu, dragon ball, power puff girl n lain2. Memang hebat org melayu. diorg anggap budak2 baru ni mcm kawan rapat sama2 tolong.

Tapi aku mula rasa bahang perkauman bila dh 2 bulan kerja. Org cina n indon skit pun tak pernah kene maki ngan bos atau manager melayu. Yang kena melayu jer. Korang mesti tak tau animator ni keje memang kene tahan maki. Maki ? kitorg tak kesah. Maki la sedanya kerana boleh menambah lagi ilmu kita. teknologi animation ni baru lagi dinegara kita ni. Susahnye animation ni tuhan je tau. korang layan katun boleh gelak2 kitorg dimaki hamun. untuk buat satu pergerakan tangan sempurna aku belajar 1 bulan.

Sebelum ni aku ada 7 tahun pengalaman Flash animation agaknya aku cepat tangkap skit. Untuk buat 1 saat cerita aku kene buat 24 lukisan berbeza n sama bentuk dia. Memang kene jaga volume kalo tak lari. selalu aku kene marah sebab ni. Cina tak pernah kene marah pun. Tak ikut principle pun takpe suruh org melayu baiki. N boleh balik awal. diorg ckp melayu ni malas. tapi yang paling berkualiti animation ni org melayu buat.

Ramai gak budak2 melayu situ tak semayang sebab takut dicop tak wat keje n malas. Aku slambe je sebab aku praktikal. so diorg tak kesah sangat. balik rumah je dah kul 12 malam. aku dpt cuma 12.50 je sehari. minyak moto aku 5, makan 5, rokok 5. aku rugi 2.50 sehari. tak kesah la aku dpt ilmu.

bulan pertama n kedua memang byk ilmu aku dpt tapi bulan seterusnya aku jadi hamba. cukup2 diorg kerjakan mentang2 skil aku naik. aku dpt wat lebih 10 saat sehari. Yg aku paling sedihnya diorg ugut aku.

1. Nak lulus ke tak ? so jgn banyak songeh pasal gaji bila aku cuba mintak 700
2. Bila ada parti kitorg tersisih.
3. Bila lect aku dtg melawat seorg pun staff tak datang meraikan. hanya kerani je keluar jumpe.
4. bermuka-muka. bila MDEC dtg melawat bukan main diorg layan mcm raja.

aku rase mcm aku bukan kat malaysia. walaupun kat tempat aku kerja ramai awek cun2 leh skodeng. tapi strees dia mcm nak terjun kolam. Membe aku penah wat kenyataan "Aku nak terjun kolam hari ni la tak tahan", "Aku nak pancing ikan kat kolam tepi tu la".

korang tak rasa sedih ke terasing dibumi sendiri? aku tak melawan atau aku tak memberontak. tapi akibatnya kesan luka merebak. Sampai hari last kontrak aku diorg still suh aku keje smp larut malam. Apa yg diorg tau kerja siap. Sedangkan aku dtg untuk belajar. Kire ok la syarikat org putih. Aku tak kesah sangat apa diorg ckp.

Tapi ada gak sedih bile aku diterima oleh utusan mase nak praktikal dulu. diorg tanya skill aku ape? aku ckp la aku leh wat web, PHP, sql, pc maintainance, grafik programming. pastu dia potong dia ckp "oooo awak boleh la baiki pc kene virus ke ape2 ?" "Boleh, saya ada 7 tahun pengalaman baiki pc" dengan senang dia jawab. Baguslah kitorg kat sini tak bagi budak praktikal buat 1 kerja je. Awak nanti kene pusing la tengok pc yg mana rosak awak angkut baiki." ibarat mahu memperhambakan aku plak terus aku ignore je diorg panggil.

Korang sebagai bos pk patut ke mempergunakan skill pelajar ada untuk wat mende2 gini yg mengarah kepada sistem perhambaan ? diorg nak pendedahan lebih kepada lapangan kerja. Aku post kat forum lowyat pasal ni. Diorg ckp lepas ni U boleh format 1000 pc sambil pejam mata la. Cina tu ckp baik mintak kerja lain.

Aku masih tak berpuas ati dengan ilmu aku ada skang ni. memang banyak 6 bulan aku rugi kerja situ. tapi aku puas ati aku ada pengalaman jadi hamba. aku jugak berpuas ati apabila aku lah salah seorg pelajar multimedia yg tahu apa itu multimedia. Kalau budak MMU memang diorg hebat boleh kuarkan 3D gempak. Diorg leh buat ada skill tapi takde ilmu. Mcm pakcik aku la dia lagi hebat dalam bidang pembinaan jika dibanding ngan engineer. boleh pulak dia argue ngan engineer sbb pengalaman. tapi dia takde ilmu.

Cuma aku panjang2 nak ckp mintak tolong la sangat2 kat bos-bos yg ada kat sini bagi peluang kat org melayu. bukan aku baca tapi aku rasa sendiri. Bagi org melayu peluang untuk amek ilmu sikit dari anda. Skang ni pun banyak syarikat2 hanya mintak org yg fasih berbahsa mandarin utk kerja. kononnya lagi bagus. ini diskirminasi namanya.

Lagi 1 yang mana kaya-raya tu tolong la benti kerja dengan kerajaan. Jangan harapkan kerajaan je sume. Bina ekonomi kita, bina peluang kerja baru. Jangan bg org luar ckp org melayu malas. Aku hari2 kene marah ngan makcik cleaner (indon) ckp org melayu malas. Aku mau je hempok indon tu. Tapi sabar masih menguasai diri. Sedangkan indon pun dah brani ejek kita dinegara kita apatah lagi org lain nanti. tak mustahil kita ni dikenali dengan bangsa pencuri, pemalas, perompak satu hari nanti.

Sebab akibatnya kita diperlakukan mcm ni sebab datang dari masyarakat kita sendiri jugak. Selalu sangat guna term "Org melayu malas". Aku risau sangat Malaysia ni bukan negara kita nanti. Korg ingat lagi tak pasal modem tanpa wayar telepon ? cucuk plug je dah leh gune tenet. Pereka tu org melayu. Mat saleh berpuluh tahun research pasal ni tapi dengan skali harung je org kite berjaya. Hebat kan. Tapi jg jadi masalah bila Syarikat2 besar ckp mende ni mengarut. Tmnet tanak , Telco lain tanak, kerajaan ckp takde fund nak komersialkan ape kebende semua ni. Last2 mamat tu wat kerjasama ngan negara china. Tak pasal2 IP (intelectual property) kita dirampas org cina. Malu aku jadi melayu yg tak kenal asal usul melayu.






Pengalaman 3
by : Merak_Kayangan

Sememangnya bangsaku mempunyai pelbagai dilema. Bagi yang telah bekerja dan duduk sebagai senior post terkadangnya terlupa ada yang perlu di pimpin. Begitu juga yang yang baru melepasi alam kolej, univ, etc terkadang adalah sukar untuk menentukan hala tuju Career Development. Masa belajar dulu, semua orang takut fail. So study kuat2 semata-mata exam. Bila dah grad, try mintak kerja, tenguk2 CGPA kurang lah, lack of experience lah, attitude problem lah, so on and so forth.Boleh di katakan pelbagai ragam yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku di masa depan.

Kata orang jauh berjalan, luas pandangan. Kalau kita tenguk melayu yang kerja kat oversea, kebanyakannya really excell in their field. Melayu ni, bila dah ramai2, mcm2 perkara negatif mudah menyerang, tetapi bila tercampak di tempat orang, pandai pulak hidup, bahkan lebih hebat dari bangsa asing.

Berbalik kepada pokok cerita - Bab Interview; pertamanya adik-adik yang baru grad. bila masa nanti nak gi interview, tenang2kan lah diri, pikir dahulu sebelum menjawap. Kepada yang berhajat dengan kerja dengan MNC, i.e IBM, SUN,HP, SAP, etc biasanya bila interview, akan ada soalan yang berbentuk objective and subjective. Pastikan technical knowledge above par and general knowledge pun above par. Selainnya, mungkin setelah di terima masuk, individu ini mestilah menguatkan lagi usaha untuk menambah ilmu samada in theory or in practical. Ini yang asas.

Perkara grad melayu menjawap secara hambar adalah bukan sesuatu yang baharu. Kita memang KADANG-KADANG ada memberi ruang untuk 'try & error', kita ambik dia join company, thn close monitoring performance dia weekly basis, kalau tak meet expectation than its due for termination. Mostly, kita akan bagi peluang, sebagai contoh, new grad join-in, masuk satu department dalam ABC Company, so head of that department akan provide minimum assistance kepada young grad ini, i mean daily simple talk/training kind of thing. Dahulunya masa saya sedang mendaki, kita akan selalu ada mm2 session. Contoh:- Bfast session, early morning 1 hour session, lunch session, and end of day session. Semua ruang waktu ni, samaada grad yang baru join atau yang dah lama kerj kena take part. Yang senior kena bagi bimbingan manakala yang freshie ni kena ambil kira simpan dalam otak and apply to his work. Then end of the week, performance analysis. next monday pulak planning, 1hr in the morning, department kena meeting, then short planning pastu start work.

Contoh di atas merupakan salah satu contoh, process pembelajaran tidak rasmi yang kita bagi kepada the next generation to help their career development selain daripada formal training yang company hantar, as matter a fact, kadang2 our geng2 yang senior pun kita re-group and conduct talk during holiday trip, then kita invite those pelapis yang ada bawah kita. So....... environment hidup biasanya, office-rumah >90% ini adalah pengorbanan di tangga pendakian itu. Ini biasanya berlaku <5yrs during our working period.

Anak melayu kita, they are learned but they are seldom educated. Thingking out of the box memang susah dpat. Ini yang mesti di hapuskan dalam bangsa kita. Soal local UNIV or Oversea UNIV tak sepatutnya menjadi jurang banding dan misal di dalam mempersoalkan kemampuan seseorang. Ambil contoh mudah, pernah suatu ketika dulu, myself and geng lain kumpulkan engineering final paper UM & UTM and panggil geng2 from UMIST, IC, Leeds, and kita cross examine all final year paper and buat balik semula; dan jawapannya?????? i can say above 50% budak oversea tak boleh jawap local paper dari UM, UTM. Bukannya saya kata budak oversea tak bagus, cuma saya ingin menarik perhatian, sesuatu penelitian bukanlah takluknya di tempat mana dia belajar tetapi individu itu sendiri sebenarnya memainkan peranan utama. Pun begitu, tempat belajar yang canggih, modern and enrollment yang ketat sedikit sebanyak memberikan lapangan sasar pembelajaran yang lebih sempurna serta penghasilan graduan yang lebih berkualiti.

Saya tidak mahu menulis panjang2. Nanti2 kalau ada masa kita akan tambah lagi. untuk adik2 yang baru grad dan yang akan grad, we have to admit, banyak sangat kelemahan pada diri kita, 1st thing - communication skills. Cuba compare the way kita communicate dengan those who undergo a learning process dengan private kolej macam Tylor, Inti, Sedaya, KBU, KDU, etc tak perlu kita nak ambil contoh yang di oversea, sini dah cukup. Ini kena di teliti di dalam diri kita. Hilangkan malu, hilangkan silu, banyakkan membaca general knowledge and mix around. Jgn lah pulak mix around sampai mabuk lupa diri, get a network how to get into the community, make frens, dig the knowledge, experience, pen-tak, casual-get-together, tukar notes or whatever lah u may achieve sementara diri masih muda.

Cukuplah dulu ya.

Selamat maju jaya.

p/s: Majikan memang selalu ambik advantage of trainee or practical student and always giving nuts pay to them. This is very uncivillized. Nanti kita sentuh bab ini di lain masa. 


Pengalaman 4
by : ikanez

aku akan grad lagi 2-3 bulan camtu.

tips aku (well..tade la tips mane pun, coz teknically aku blum dpt keje..)tuk aku interview ni is prepare, prepare n prepare lagi tuk interview yg ko akan pgi.

bace sume soalan2 lazim, prepare jwpan die scare btulis, hapal sampai ko rase slesa ckp bende tuh (dlm BI ok, bkan BM). tadela nanti tkial2 nk pkir kan jwpan die.

aku pnah skali kantoi phone intebiu SHELL time nk mintak industry training, sampai skg takut nk apply SHELL, hahaha. die tanye aku "terangkan ape itu sukan? (dlm BI)" meraban aa jugak aku time tu, rase cam nk letak je tepon tu. neway, sejak tu la aku prektis gile babi sblum intebiu, dpan cermin ke hape ke..siap ajak membe prektis lagi. nk biasekan sembang dlm BI sambil2 membe ko tgk ape yg silap. antara yg membe aku tego is bile ko ckp, kne pandg direct kat interviewer.

so itula yg aku buat baru2 ni. aku apply kat syarikat telco MNC time career fair uni aku. time inteview aku byk la tkan kan pengalaman aku time industry training, trang kat die cmane aku hendel pressure, cmane nk settelkan esemen kalo die kasi dateline 5 ari n language programme yg die soh wat tu aku tatau (aku apply post programmer)..so basically TO SELL YOURSELF, YOU HAVE TO KNOW YOURSELF FIRST - INSIDE AND OUT. Korang kene analyse diri tu dulu sblum gi intebiu, tau ape strength n weaknesses, n cmane nk kaunter weakness, cmane nk exploit strength, n how ur strength can be benefiting the company.

utk analyse diri, aku ade la jgak wat several personality tests kat tenet, di samping amek komen2 dari lecturr aku, supervisor ke sume2la..kire cam bahan bukti la jgak tuk tunjuk kat intrvwr yg aku ni jnis sekian2 pnye org.

alhamdullillah die panggil mengadap kat ofis die tuk interview lanjut. so OK la kot.

so itu jela aku bley kongsi kat sni dari pengalaman aku yg x sbrape. 


Pengalaman 5
by : pekli

aku nak share pengalaman aku dulu di interview oleh 7 buah sykt jepun.. 3 daripadanya aku dapat... kenapa aku tak dapat 4 syarikat lain? jawapannya mudah sahaja.. bila ada ja org jepun join interview aku... aku fail sbb aku tak paham apa dia cakap.. speaking london cam speaking tokyo.. kejap2 aku "pardon sir". jd bila korang fail interview dgn jepun.. jgn kecewa sgt sbb bkn korang yg bermasaalah tp jepun bengong tu.
1. first impression mesti power sbb dr situ biasanya interviewer dah buat keputusan nak amik korang keje ke tak.. cane ko msk,... cane ko duduk.. pakaian ko... kalu diorg tak hulur tgn jgn buat2 ramah nak hulur tgn jabat ngan diorg.. demand skit...
2. bila korang dah cuba ckp omputeh tp tak leh.. mintak baik2.. blh saya ckp melayu sbb saya lbh selesa begitu...
3. apa saja diorg tanya.. jawapan mesti positif... boleh itu?,.... boleh ini?... jawab boleh je... walaupun korang tak boleh... sbb apa2 yg korang tak boleh adjust la kemudian bila dah dpt keje... jgn jujur sgt..
itu saja la buat masa ni... 


Pengalaman 6
by : pekli

aku nak share pengalaman aku dulu di interview oleh 7 buah sykt jepun.. 3 daripadanya aku dapat... kenapa aku tak dapat 4 syarikat lain? jawapannya mudah sahaja.. bila ada ja org jepun join interview aku... aku fail sbb aku tak paham apa dia cakap.. speaking london cam speaking tokyo.. kejap2 aku "pardon sir". jd bila korang fail interview dgn jepun.. jgn kecewa sgt sbb bkn korang yg bermasaalah tp jepun bengong tu.
1. first impression mesti power sbb dr situ biasanya interviewer dah buat keputusan nak amik korang keje ke tak.. cane ko msk,... cane ko duduk.. pakaian ko... kalu diorg tak hulur tgn jgn buat2 ramah nak hulur tgn jabat ngan diorg.. demand skit...
2. bila korang dah cuba ckp omputeh tp tak leh.. mintak baik2.. blh saya ckp melayu sbb saya lbh selesa begitu...
3. apa saja diorg tanya.. jawapan mesti positif... boleh itu?,.... boleh ini?... jawab boleh je... walaupun korang tak boleh... sbb apa2 yg korang tak boleh adjust la kemudian bila dah dpt keje... jgn jujur sgt..
itu saja la buat masa ni...



sumber : 
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: