budaya coupling kini |
Budaya coupling tiada kena mengena dengan adat tradisi. Budaya coupling adalah budaya yang menjurus kepada lembah kehinaan iaitu MAKSIAT. Maka, sebagai seorang muslim kita wajar mengelakkan diri daripada terjebak daripada perkara yang dikeji dan terkutuk ini. Allah SWT telah menurunkan surah al-Isra ayat 32 :
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا"Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Budaya ini pula sebenarnya bukan merupakan adat bagi umat Islam. Perkara ini sebenarnya baru berlaku di kalangan masyarakat Islam setelah datangnya perang psikologi yang digunakan oleh musuh-musuh Islam dalam usaha melemahkan kekuatan umat Islam. Maka, tidak hairan umat Islam sekarang di dalam kelekaan dan lebih tidak menghairankan apabila nabi SAW sendiri mengetahui perkara ini di dalam sebuah hadith:
يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها . فقال قائل : ومن قلة نحن يومئذ ؟ قال : بل أنتم يومئذ كثير ، ولكنكم غثاء كغثاء السيل ، ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم ، وليقذفن الله في قلوبكم الوهن . فقال قائل : يا رسول الله ! وما الوهن ؟ قال : حب الدنيا وكراهية الموت
"Hampir-hampir bangsa-bangsa memperebutkan kalian (umat Islam), layaknya memperebutkan makanan yang berada di mangkuk." Seorang laki-laki berkata, "Apakah kami waktu itu berjumlah sedikit?" beliau menjawab: "Bahkan jumlah kalian pada waktu itu sangat banyak, namun kalian seperti buih di genangan air. Sungguh Allah akan mencabut rasa takut kepada kalian, dan akan menanamkan ke dalam hati kalian Al wahn." Seseorang lalu berkata, "Wahai Rasulullah, apa itu Al wahn?" beliau menjawab: "Cinta dunia dan takut mati."
(Sunan Abi Daud: 3745)
ADAT YANG DIBENARKAN DAN YANG DILARANG
Adapun adat tradisi, seandainya adat itu menepati apa yang diajarkan bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah maka ianya diterima oleh syarak. Sebagai contoh, adat melayu memulakan makan dengan membasuh tangan. Syariat menerimanya kerana ianya merupakan suatu perkara yang baik dan mulia sehingga tidak menjejaskan mana-mana syariat yang telah ditetapkan.
Tetapi, sekiranya adat itu sendiri bercanggah dengan syariat yang telah ditetapkan, maka ini bererti adat itu telah membawa suatu yang baharu sedangkan Allah SWT telah cukupkan agama Islam itu sebuah agama yang sempurna.
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينً
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. (Surah al-Maidah, ayat 3)
Perkara yang baharu yang diada-adakan sebenarnya bukan kehendak syariat tetapi kehendak individu yang merasa tidak puas terhadap apa yang terkandung dalam nas al-Quran dan al-Sunnah. Oleh yang demikian perkara ini dilarang sama sekali.
فإن أصدق الحديث كتاب الله وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم وشر الأمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار
Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah), seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bidaah), setiap perkara yang diada-adakan termasuk kategori bidaah dan setiap perkara yang bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat tempatnya di dalam neraka.
(Khubatul Hajjah, Nashiruddin al-Albani)
NATIJAH DI ANTARA KEDUANYA
Maka, kita kembali semula kepada konteks asal, adakah budaya coupling itu sama dengan adat tradisi? Jawapan mudah, ianya tidak. Perkara ini perlu dilihat pada skop yang besar.
Apa yang kelihatan sekarang ialah kecenderungan budaya coupling adalah membawa kerosakan daripada segi mutu kualiti harga diri individu sedangkan adat tradisi bercampur-adukkan adat dengan agama yang mana ianya merupakan sesuatu yang baharu. Jelas sekali perbezaan di antara kedua perkara ini. Walau bagaimanapun, kedua-dua perkara sangat jelas dilarang oleh Islam.
Maksiat ditegah kerana menyebabkan pergaulan bebas berlaku dengan teruk, pelacuran, penzinaan, pembuangan bayi, peminuman arak, judi berlaku dengan meluas dan ini dilarang oleh Islam kerana perkara ini menyebabkan akhlak sosial masyarakat menjadi teruk.
Perkara baharu atau disebut istilahnya di dalam bahasa arab iaitu bi'dah dilarang kerana memberikan suatu sifat yang negatif kepada agama Islam itu sendiri. Islam sudah sempurna tetapi ada pula tokok tambahnya yang tidak dibenarkan sama sekali oleh syarak.
Oleh itu, kedua-duanya sama sahaja mendapat kemurkaan di sisi ALLAH SWT tetapi pengolahan dua konteks ini perlu diteliti kerana ianya tidak sama. Budaya coupling adalah fenomena yang dibawa oleh musuh-musuh Islam dan ianya bukan adat tradisi. Dan tidak seharusnya mengatakan ianya merupakan adat tradisi!
kahwin dulu..Ya!! |
2 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
orang skank kahwin xnikah.. jadi, nikah dulu yer.. :))
Hehehehe....
nak nikah~~~
Uiksss... bru 16 taun da...
Post a Comment